Harian Metro

Belum masa angkat bendera putih

- Azlan Hafeedz sukan@hmetro.com.my

„ Piya bakar semangat rakan buru kemenangan

Kapten Kelantan Mohd Badhri Radzi atau Piya menggesa rakan sepasukan supaya tidak panik sebaliknya terus mengukuhka­n semangat juang masing-masing dan mencari jalan terbaik bagi mengatasi defisit gol selepas dikenakan hukuman pemotongan enam mata oleh Usahasama Liabiliti Terhad Bolasepak Malaysia (FMLLP), baru-baru ini.

Piya berkata, hukuman pemotongan mata itu memberi impak besar terhadap The Red Warriors (TRW) namun bukan alasan untuk mereka mengangkat ‘bendera putih’ kerana perjalanan liga termasuk kempen Piala Malaysia masih belum tamat.

“Sebagai Pahlawan

Merah, sisa perjuangan harus diteruskan dalam mengharung­i

(gambar)

baki pusingan kedua Liga Super dan kempen Piala Malaysia.

“Segala yang berlaku itu, ada pro dan kontranya termasuk pemain serta penyokong setia TRW perlu reda terhadap hukuman terbabit,” katanya.

Menurutnya, dia enggan mengulas lanjut mengenai perkara itu kerana mahu memberi fokus sepenuhnya terhadap perlawanan bertemu Pahang, malam esok.

“Walaupun kedudukan Kelantan sudah ‘goyah’ dan berubah dalam Liga Super, kami nekad untuk bangkit memburu kemenangan sekalipun misi itu dilihat agak sukar.

“Dalam bola sepak, apa juga boleh berlaku dan selaku pemain, kita perlu tempuhi semuanya. Saya optimis Kelantan pasti bangkit dengan satu semangat baru demi maruah pasukan,” katanya.

Arena Metro sebelum ini melaporkan, pengendali Kelantan Zahasmi Ismail mengaku pasukannya agak terkesan dengan keputusan pemotongan mata oleh FMLPP hingga beliau terpaksa menenangka­n

semua pemain.

 ??  ??

Newspapers in Malay

Newspapers from Malaysia