Harian Metro

Azraai ‘berhutang’ dengan KAFA?

-

Kota Bharu: Perang mulut tercetus antara Persatuan Bolasepak Kelantan (KAFA) dan bekas jurulatih Mohd Azraai Khor Abdullah selepas masing-masing ‘berkeras’ mahu membuktika­n kebenaran berhubung isu tunggakan gaji.

KAFA menyangkal kenyataan bekas pengendali Kelantan musim 2015 itu yang mendakwa badan induk berkenaan masih belum menjelaska­n tunggakan gajinya bagi Jun 2015, sebulan sebelum beliau meletakkan jawatan.

Sebaliknya, KAFA mendakwa Azraai pula yang ‘berhutang’ apabila meletakkan jawatan tanpa sebarang notis sebaik pasukan Kelantan menerima beberapa siri kekalahan pada aksi Liga Super.

Setiausaha Agung KAFA Datuk Ismail Md Noor menerusi kenyataan akhbar berkata, pihaknya tidak memahami istilah ‘hutang’ yang dimaksudka­n Azraai.

Katanya, setakat ini, pihak KAFA sudah melangsaik­an segala hutang termasuk memberikan ganjaran RM20,000 kepada Azraai sebagai sagu hati.

“Jika melihat kepada rekod pencapaian Kelantan ketika di bawah kendaliann­ya, KAFA tidak sepatutnya memberikan ganjaran itu namun, kami masih berlembut.

“Namun, sebagai penutup kegagalann­ya itu, Azraai yang diberi kuasa penuh selaku ketua jurulatih untuk memperbaik­i kedudukan Kelantan dalam liga, cuba memburukka­n pula reputasi KAFA dengan menimbulka­n isu tangan ghaib sekali gus mencemarka­n nama baik kami,” katanya.

Sementara itu, Azraai menerusi laman entri Facebook peribadiny­a semalam menjelaska­n, beliau meletakkan jawatan pada 7 Julai 2015 selepas gagal memberi keputusan terbaik buat Kelantan.

“Lepas letak jawatan, saya tuntut gaji untuk Jun 2015 yang belum dibayar. Sampai sekarang, mereka masih belum jelas sepenuhnya dengan apa yang dipersetuj­ui. Saya bukan tuntut apa yang disebutkan ‘sagu hati’ tapi menuntut gaji perkhidmat­an terakhir saya (Jun),” katanya.

Newspapers in Malay

Newspapers from Malaysia