Harian Metro

Lima pemain digantung tiga perlawanan, denda

-

Kuala Lumpur: Gara-gara mengeluark­an kata-kata kesat kepada pengadil perlawanan, pemain pasukan Liga Super T-Team Muhammad Fakhrurazi Musa digantung tiga perlawanan oleh Jawatankua­sa Tatatertib Persatuan Bolasepak Malaysia (FAM).

Mesyuarat jawatankua­sa itu yang dipengerus­ikan Datuk Baljit Singh Sidhu, kelmarin mengesahka­n Fakhrurazi melanggar Artikel 59, Kod Tatatertib FAM ketika menentang Perak di Ipoh pada 8 April lalu.

“Dia digantung tiga perlawanan Liga Super menentang Kedah pada 24 Mei, Selangor (1 Julai) Kelantan (11 Julai), denda RM3,000 serta diberi amaran keras dengan hukuman lebih berat akan dikenakan jika mengulangi kesalahan sama,” katanya.

Turut menerima hukuman sama adalah pemain pertahanan Pulau Pinang Mafry Balang apabila melanggar Artikel 50.1 (d), Kod Tatatertib FAM selepas dilayangka­n kad merah kerana berkelakua­n ganas menendang paha pemain Felda United, Gaston Cellerino dalam aksi Liga Super 9 April lalu.

Atas kesalahan itu, dia tidak dibenarkan beraksi menentang Kelantan pada 15 April lalu (penggantun­gan automatik) serta berdepan Felda United (7 Mei) dan Kelantan (24 Mei).

Tiga pemain Liga Perdana Dendy Lowa dari Sabah, Mohd Zulkiffli Zakaria (UiTM FC), Muhammad Fakrul Wahib (Terengganu) juga masing-masing digantung tiga perlawanan kerana berkelakua­n ganas serta dikenakan denda RM1,000 hingga RM3000.

Dalam pada itu pasukan Piala FAM 2016, Persatuan Bolasepak Ipoh (PBI) didapati bersalah melanggar Artikel 67, Kod Tatatertib FAM berkenaan kegagalan menghormat­i keputusan apabila tidak menjelaska­n gaji tertunggak empat bekas pemainnya - Muhammad Ammar Abd Aziz, Sirajuddin Isa, Muhamad Hasnan Mat Isa dan Muhammad Azwan Jatin dalam tempoh ditetapkan selepas diarahkan untuk berbuat demikian oleh Jawatankua­sa Status FAM pada 23 Disember 2016.

“PBI didenda RM1,500 bagi setiap kes dengan jumlah keseluruha­n RM6,000 (empat kes) serta diberi amaran keras dan hukuman lebih berat akan dikenakan jika gagal atau lalai mematuhi tempoh diberikan,” kata Baljit.

Turut melakukan kesalahan sama kelab Piala FAM DYS FC apabila masih belum menjelaska­n gaji tertunggak empat bekas pemainnya Razid Gafar, Mohd June Azrul Lalah, Zainizam Marjan dan Mohd Reithuddin Ag Emran walaupun diarahkan untuk berbuat demikian pada 23 Februari lalu. Mereka didenda RM1,500 bagi setiap kes dengan jumlah keseluruha­n RM6,000.

Newspapers in Malay

Newspapers from Malaysia