Harian Metro

Produksi bermasalah bawa impak buruk

- Najiy Jefri najiy.jefri@hmetro.com.my

Isu gagal lunas bayaran artis sepatutnya tidak berlaku sekiranya syarikat menjaga kredibilit­i, ada kemampuan terbitkan drama

Isu bayaran pelakon bukan perkara baru dalam industri penerbitan drama dan filem tempatan. Bahkan permasalah­an ini sering disuarakan kru produksi dan pelakon.

Terbaru kes sama membabitka­n produksi sebuah drama yang dikatakan gagal membayar baki bayaran kepada pelakon seperti didakwa dua pelakon utamanya.

Entah dimana silapnya, RAP cuba mendapatka­n pandangan produser terkenal Datuk Rafiena Ezanee dari DarkWave Pictures Sdn Bhd dan aktres popular Janna Nick mengenai isu bayaran artis. jadual dan kewangan artis itu sendiri.

Sebagai pelakon kita seharusnya lebih berhati-hati ketika menerima tawaran. Segala persiapan rapi perlu dibuat termasuk membaca kontrak sebelum menyatakan persetujua­n.

Di awal pembabitan dalam bidang seni saya pernah berdepan situasi ini. Bagaimanap­un saya anggap apa yang berlaku sebagai pengajaran supaya lebih berhati-hati dan tidak mudah percaya dengan orang. Bagi saya, biarlah orang nak tipu kerana duit yang diambil itu pasti tidak berkat selain dia perlu menanggung dosa.”

“Ini berlaku mungkin disebabkan pihak produksi tidak mempunyai duit. Barangkali syarikat produksi sedang menunggu kelulusan pinjaman bank atau menunggu duit masuk daripada pelabur untuk membayar gaji pelakon dan kru produksi.

Seperkara lagi, syarikat kena pastikan ada duit mencukupi sebelum terima tawaran menerbitka­n drama. Tanggungja­wab yang digalas penerbit sangat besar. Jangan nak jadi penerbit kerana mahu merasai dunia glamor atau menyimpan keinginan untuk ‘mencuba’ pelakon yang diminati.

Selain itu, penerbit juga perlu menjaga nama baik syarikat mereka kerana dengan hanya satu cerita ia boleh merebak dengan cepat. Tidak kiralah cerita itu betul atau tidak, ia tetap memberi kesan kepada syarikat. Jadi sebagai penerbit, perlu sentiasa pertahanka­n diri dan menjaga krediliti jika mahu diri terus mendapat kepercayaa­n pelbagai pihak.

Kebiasaann­ya stesen televisyen akan bayar sejumlah duit untuk buat drama dan bakinya akan diserahkan selepas karya itu siap sepenuhnya. Duit yang diberikan itu jangan disalah guna untuk kepentinga­n diri sebaliknya salurkan sepenuhnya untuk projek yang sedang berjalan itu.

Bagaimanap­un, kita tidak boleh meletakkan segala kesalahan kepada syarikat produksi sematamata. Tidak dinafikan sesetengah artis sekarang cepat melatah apabila tidak mendapat baki bayaran.

Mereka mungkin tidak membaca kontrak yang sudah ditandatan­gani hingga menyebabka­n urusan pembayaran tergendala. Pelakon tidak boleh ambil mudah soal kontrak. Ini kerana segala yang termaktub dalam kontrak harus dipatuhi dan jangan jadi bodoh sombong terus ke muka surat akhir untuk melihat bayaran yang akan diterima.

Ketika berlakon dulu, saya pernah rasa betapa susahnya mahu dapatkan bayaran. Disebabkan itulah saya menubuhkan syarikat produksi sendiri iaitu DarkWave Pictures

Sdn Bhd dengan niat mahu mengubah nasib artis. Saya tidak mahu perkara ini terus berlaku dan saya selalu tekankan kepada artis supaya baca kontrak.”

 ??  ??
 ??  ??

Newspapers in Malay

Newspapers from Malaysia