Harian Metro

Bukan ingin membolot...

- Sudirman Mohd Tahir sudirman@hmetro.com.my

Pembabitan penyanyi popular Datuk Siti Nurhaliza dalam bidang perniagaan pakaian sejak dua tahun lalu tidak bermaksud dia ingin mendominas­i semua bidang.

Siti, 38, turut menafikan jenama yang diusahakan iaitu Creacion by Siti Nurhaliza bertujuan untuk mengganggu rezeki peniaga kecil yang turut menjalanka­n perniagaan sama.

Sebaliknya, Siti menganggap itu adalah rezeki selain menyifatka­n perniagaan terbabit adalah impiannya sejak sekian lama.

“Saya tak tamak. Apa yang diusahakan sekarang memang impian saya sejak dulu lagi yang ingin memiliki koleksi pakaian sendiri. Lagipun, dalam agama, kita digalakkan berniaga. Selagi boleh berniaga saya akan berniaga.

“Saya pun bukan hanya menjual nama saja sebaliknya membabitka­n diri dalam setiap perniagaan yang diceburi. Sebagai contoh, saya juga terbabit dari segi konsep dan pemilihan rekaan serta memberi komen mengenai hasil rekaan produk atau koleksi fesyen yang dikeluarka­n.

“Paling penting setiap yang dilakukan itu berada pada jalan yang betul dan halal. Bagi saya apabila terbabit dalam bidang perniagaan pakaian ia persaingan sihat dengan peniaga lain. Jauh sekali, saya nak menutup rezeki sesiapa. Masingmasi­ng ada rezeki dan kelebihan,” katanya.

Pada masa sama, Siti mengakui artis mempunyai pengaruh tersendiri sekali gus menjadi satu kelebihan apabila muncul dengan perniagaan atau produk sendiri.

Menurut Siti, perkara itu sedikit sebanyak memudahkan­nya mempromosi­kan produk sendiri secara terus kepada peminat baik menerusi laman sosial atau mengadakan sesi beramah mesra.

“Diakui apabila saya menggayaka­n koleksi sendiri impak dan maklum balas diterima sangat bagus. Pengikut di laman sosial tak berhenti bertanya. Kalau ia satu rezeki, maka kita gunakanlah kesempatan ini dengan sebaiknya,” katanya.

Namun, Siti masih tidak boleh terlalu selesa kerana dia juga terpaksa berdepan dengan cabaran dalam dunia perniagaan.

Antaranya rekaan baju yang diciplak kemudian dijual di pasaran biasa dengan harga yang jauh lebih murah.

“Dalam perkara ini saya tak boleh nak menghalang. Bukan apa rekaan baju sesiapa saja boleh tiru. Cuma ia mengikut kreativiti masingmasi­ng untuk menampakka­n rekaan baju itu sedikit berbeza,” katanya.

Dalam perkembang­an lain, Siti yang bekerjasam­a dengan Jakel dan Ariani baru saja melancarka­n koleksi Anugerah Aidilfitri 2017 Creacion By Datuk Siti Nurhaliza.

 ??  ?? Saya tak tamak.
Apa yang diusahakan sekarang memang impian saya sejak dulu lagi yang ingin memiliki koleksi pakaian sendiri. Lagipun, dalam agama, kita digalakkan berniaga. Selagi boleh berniaga saya akan berniaga
Saya tak tamak. Apa yang diusahakan sekarang memang impian saya sejak dulu lagi yang ingin memiliki koleksi pakaian sendiri. Lagipun, dalam agama, kita digalakkan berniaga. Selagi boleh berniaga saya akan berniaga

Newspapers in Malay

Newspapers from Malaysia