Harian Metro

Bibit cinta Aqif pada lakonan

Cuba pelajari perkara baru selepas hampir setahun dalam dunia peragaan

- Najiy Jefri najiy.jefri@hmetro.com.my

Setiap individu mempunyai susun atur perjalanan hidup masing-masing.

Namun, apa direncanak­an tidak semuanya terkabul seperti diharapkan.

Ini kerana perihal takdir adalah sesuatu yang tidak boleh dijangka dan dirancang manusia.

Begitu juga dengan hal kerjaya. Apa dilakukan saat ini dan apa dikecapi hari ini, barangkali perkara itu tidak pernah terjangkau dalam fikiran kita pada masa lalu.

Begitulah kisah hidup yang turut dialami pendatang baru, Irfan

Aqif, 19, yang kini memilih bidang lakonan selepas menceburka­n diri sebagai model sambilan.

Siapa sangka, ketika bidikan jurufoto merakamkan aksinya, pemilik nama sebenar Muhammad Irfan Aqif Mohd Zamzuli kini diberi kepercayaa­n untuk membintang­i teater berjudul Puteri Saadong yang bakal menemui penonton hari ini.

Menurut Aqif, pembabitan­nya sebagai model sambilan itu menerbitka­n rasa cinta untuk melebarkan sayap dalam dunia lakonan.

“Saya tidak pernah berniat untuk terjun dalam bidang lakonan. Namun, selepas hampir setahun membabitka­n diri dalam dunia peragaan, saya teringin untuk mencuba nasib dan mempelajar­i perkara baru.

“Saya memang sangat teruja apabila ditawarkan untuk berlakon teater.

Jujur saya rasa takut, berdebar walaupun hanya melakonkan beberapa babak saja.

“Namun , anggap berlakon teater adalah titik permulaan untuk saya memajukan diri dalam dunia lakonan selain dapat mengasah bakat di samping pelakon hebat tanah air,” katanya.

Menurut Aqif, dia beruntung apabila permulaan kerjayanya bermula dengan berlakon teater kerana dapat mempelajar­i teknik lakonan dengan betul.

“Teater mengajar saya menjadi seorang pelakon yang baik kerana disiplin dan latihan yang jitu.

“Ada pelakon senior memaklumka­n, lantai teater memberikan satu cabaran yang cukup berbeza berbanding filem atau drama.

“Walaupun terpaksa melepaskan satu tawaran berlakon drama sebagai watak pembantu, saya percaya pada rezeki pada masa mendatang,” katanya.

Menyentuh mengenai pembabitan­nya dalam teater Puteri Saadong, Aqif berkata, antara pelakon yang terbabit ialah Amar Asyraf, Wan Hanafi Su dan Dyna Lova.

Teater arahan Zack Zaideen itu bakal dipentaska­n di Hotel Renaissanc­e, Kota Bharu, Kelantan hari ini.

 ??  ??

Newspapers in Malay

Newspapers from Malaysia