Harian Metro

Karya terbaik Perancis

- Michelle Gun michellegu­n@hmetro.com.my

The Fabulous Patars dan The Summer of All My Parents boleh ditonton percuma di GSC

Bulan ini, pawagam Golden Screen Cinemas (GSC) menawarkan deretan filem menarik termasuk tayangan 16 karya terbaik dari Perancis sehingga 11 Jun.

Tayangan karya itu bersempena Pesta Filem Perancis (FFF) 2017 anjuran Alliance Francaise de Kuala Lumpur (AFKL) dan menemui peminat di lima lokasi berasingan di Lembah Klang,

Pulau Pinang serta Kota Kinabalu, Sabah.

Istimewany­a, dua filem FFF 2017, The Fabulous Patars dan The Summer of All My Parents boleh ditonton secara percuma.

Berikut antara 10 filem FFF 2017 yang terdiri dari genre komedi, drama, animasi, perang, biopik dan ngeri.

Maklumat lanjut mengenai FFF 2017 boleh layari laman sesawang rasmi GSC (www.gsc. com.my) atau www. lefrenchfe­stival.com.my.

Filem lakonan Omar

Sy, James Thieree dan Thibault de Montalembe­rt ini berdasarka­n perjalanan karier artis sarkas Perancis berkulit hitam pertama bernama Chocolat. Dia berkenalan dengan badut Footit yang mencadangk­an mereka berdua bekerjasam­a membuat persembaha­n.

Biopik ini mengisahka­n kehidupan Kapten Jacques-Yves Cousteau dan hubungan rumit pegawai itu dengan anak lelakinya, Philippe. Pada 1943, Cousteau dan Emile Gagnan mencipta alat bernafas dalam air. Sejak itu, Cousteau berazam berkongsi keindahan dasar laut kepada orang ramai menerusi dokumentar­i dan filem fiksyen.

Dua askar muda, Marine dan Aurore yang baru menyelesai­kan misi di Afghanista­n dipelawa bersama pasukan mereka untuk bermalam di sebuah hotel bagi melupakan kejadian sewaktu peperangan. Bagaimanap­un, bukan mudah bagi askar terbabit melupakan keganasaan yang disaksikan sepanjang berjuang di Afghanista­n.

Dinobatkan Pengarah Terbaik Anugerah Pesta Filem Antarabang­sa

San Sebastian, karya arahan Joachim Lafosse ini berdasarka­n kes organisasi bukan kerajaan Zoe’s Ark yang ditubuhkan pada 2007. Pengarah organisasi itu, Jacques Arnault berniat baik menyerahka­n kanak-kanak Afrika malang kepada keluarga

 ?? The fabulous patars
p ??
The fabulous patars p
 ?? The summer of all my parents ??
The summer of all my parents
 ?? One man and his cow ??
One man and his cow

Newspapers in Malay

Newspapers from Malaysia