Harian Metro

Bangsa Koyak suara manusia tertindas

-

Zayrul Iqwan berkata, Bangsa Koyak adalah teater ekspresi yang akan mencungkil makna kepemimpin­an di tengahteng­ah perkembang­an politik kontempora­ri dalam konteks global sama ada politik tempatan atau luar negara.

“Ketika isu politik dan pelbagai polemik sosial serta ekonomi diperdebat­kan, mahu atau tidak, saya ingin mengangkat beberapa isu yang mudah difahami masyarakat supaya penonton juga boleh memahami dengan jelas mesej yang ingin disampaika­n.

“Hasilnya, inilah isu yang saya ketengahka­n menerusi Bangsa Koyak. Ia juga menyentuh soal kemanusiaa­n yang semakin pudar kerana manusia yang berkuasa mementingk­an diri sendiri sehingga terlupa akan perjuangan yang sebenar,” katanya.

Menurutnya, teater ini adalah suara kepada manusia yang tertindas oleh kuasa manusia lain yang diwakili lima watak ciptaan penulis skripnya.

“Watak ini adalah sebagai metafora atau perlambang­an kepada sesuatu. Semua watak adalah pembahas untuk setiap keperitan dan nasib diri mereka.

“Persoalan yang diketengah­kan adalah berdasarka­n isu semasa yang dipaparkan secara halus, tapi sarat dengan mesej dan sindiran. Jadi, teater Bangsa Koyak ini boleh saya sifatkan sebagai sebuah karya kritikan,” katanya.

Seperti kebiasaan teater terbitan Dramatis Studio,

Rosli Rahman Adam sekali lagi akan bertindak sebagai penasihat pementasan dan jurulatih lakon untuk pelajarnya.

Rosli berkata, penonton yang hadir untuk menonton teater ini perlu bersifat matang dan terbuka kerana mungkin ia boleh membuat sesetengah pihak tidak berpuas hati.

“Bagi saya, ini hanyalah sebuah seni persembaha­n dan tidak lebih daripada itu. Namun, teater ini sebenarnya menjadi satu platform pendedahan buat pelajar kelas lakonan Dramatis Studio.

“Kami sudah menjayakan pementasan teater sejak 1998. Sehingga kini, kami masih bertahan sebagai sebuah produksi kecil yang akan terus berkarya serta memberi ruang dan peluang kepada anakanak muda untuk mengasah bakat lakonan mereka,” katanya.

Tambahnya, Dramatis Studio setakat ini sudah menerbitka­n hampir 30 teater. Bagaimanap­un mereka berpegang pada prinsip bukan kuantiti yang dicari, sebaliknya kualiti.

Barisan pelakon yang terbabit menjayakan Bangsa Koyak adalah Juwita

Rosli, Puteri Izan, Rafiey Izwan, Faruq Nordin, Awie Shahnizar, Nurin Jazlina dan Zayrul Iqwan sendiri.

Pementasan pada 20 dan 21 Mei akan diadakan selama dua sesi iaitu pada jam 3 petang dan jam 8 malam, manakala pada tarikh lain pada jam 8.30 malam.

Tiket berharga RM20 dikenakan untuk orang awam, manakala RM15 untuk pelajar, OKU dan warga emas.

Keterangan lanjut mengenai teater, tempahan dan pembelian tiket boleh dibuat menerusi Facebook Dramatis Studio.

 ??  ?? BARISAN pelakon Bangsa Koyak.
BARISAN pelakon Bangsa Koyak.
 ??  ??

Newspapers in Malay

Newspapers from Malaysia