Harian Metro

Floor 88 kian mantap

- Georgie Joseph georgie@hmetro.com.my

Dapat penyanyi mampu beri komitmen selepas sering bertukar vokalis

mencari penyanyi paling sesuai bagi sesebuah band bukan tugas mudah.

Seseorang perlu benarbenar bersedia memberi komitmen penuh dan korbankan jiwa raga jika mahu menerajui band berkenaan.

Itulah antara dilema Floor 88 yang semakin dikenali dengan lagu berjudul Zalikha.

Jika tidak bertemu penyanyi yang sesuai dan anggota yang mampu memastikan band ini hidup, Floor 88 barangkali sudah dibubar.

Band ini hanya lengkap pada awal tahun lalu selepas mereka bertemu penyanyiny­a, Ayie Elham.

Selain Ayie, Floor 88 turut dianggotai Zai Hamzah (gitar utama), Eric Fuzi (keyboard), Amir (gitar kedua), Akram (dram) dan Falique (bass).

Zai berkata, pertemuan dengan Ayie adalah bonus untuk mereka.

“Perkara yang kerap menjadi isu dalam band ini ialah penyanyi. Penyanyi kami kerap bertukar disebabkan pelbagai faktor dan kami pula mahukan seseorang yang bersedia memberikan komitmen penuh bersama Floor 88.

“Apabila bertemu

Ayie, kami dapat rasakan dialah calon paling sesuai membawa peranan itu. Lagipun, dia ada latar belakang muzik yang kuat. Setakat ini, dia juga sangat komited walaupun masih belajar di ASWARA (Akademi Seni Budaya dan Warisan Kebangsaan).

“Kami juga tidak pernah menaruh harapan tinggi bakal mendapat penyanyi yang ada rupa. Maklumlah, persepsi ramai selalu mengatakan seseorang penyanyi perlu tampan barulah ada tarikan,” katanya.

Walaupun nama band ini baru meniti di bibir peminat, Floor 88 sebenarnya sudah lama ditubuhkan.

Namun, dalam tempoh itu mereka tidak pernah terfikir untuk menembusi pasaran muzik arus perdana sehinggala­h dilamar label Rusa Music tahun lalu.

“Sebenarnya Floor 88 ditubuhkan sejak kami di bangku sekolah. Bagaimanap­un, kami kerap bertukar anggota dan lebih terarah kepada menyertai pertanding­an band sematamata.

“Kami pernah menyertai banyak pertanding­an besar termasuk Hot FM Twisties Bingit selain mewakili Malaysia ke sebuah pertanding­an di Vietnam,” katanya.

Lagu Zalikha yang menjadi single sulung mereka juga sudah lama dihasilkan. Malah, lagu yang asalnya menggunaka­n judul Qu

Putih itu berjaya menarik perhatian pendengar untuk kenal mereka.

“Lagu itu sudah dibuat sejak empat tahun lalu. Inspirasi asalnya adalah memang disebabkan fenomena produk Qu Putih yang luar biasa.

“Untungnya, disebabkan lagu berkenaan juga kami mendapat tawaran persembaha­n berkali- kali daripada Datuk Seri Vida. Selain itu, peminat mula bertambah selepas mengetahui lagu itu lagu kami di YouTube.

“Kami ada juga cuba menghantar sendiri lagu berkenaan ke stesen radio namun susah untuk dimainkan kerana judulnya. Oleh itu, kami memang kena tukar juga judulnya kepada Zalikha selain membuat susunan muzik baru supaya lebih komersial,” katanya.

Baru dilancarka­n lebih seminggu lalu, Floor 88 bersyukur single pertama itu sudah mendapat sambutan memberangs­angkan sejak dimainkan di radio.

“Setakat ini, lagu berkenaan dimainkan di beberapa stesen radio termasuk ERA fm. Bahkan, Zalikha mendapat sambutan paling hangat di stesen itu.

“Buat sementara ini, kami akan mempromosi­kan single itu sebelum tampil dengan lagu seterusnya pula. Kami juga pasang strategi untuk tampil dengan material yang mesti relevan dengan pasaran,” katanya.

 ?? FOTO ?? FLOOR 88 dianggotai (dari
kiri) Eric, Amir, Ayie, Zai, Akram
dan Falique.
FOTO FLOOR 88 dianggotai (dari kiri) Eric, Amir, Ayie, Zai, Akram dan Falique.

Newspapers in Malay

Newspapers from Malaysia