Harian Metro

Aizat mahu ‘memberi’ untuk golongan muda

- Syafil Syazwan Jefri syafil.syazwan@hmetro.com.my

Gerak projek Kilang Komposer bantu pengetahua­n mengenai hak cipta

Tidak mahu sekadar menjadi pemuzik, Aizat Amdan juga mahu mencurahka­n sesuatu kepada komuniti terutama golongan muda.

Terbaru, bekas finalis Akademi Fantasia itu kini menggerakk­an satu projek dikenali sebagai Kilang Komposer.

“Sebelum ini, saya ke beberapa universiti dan berkongsi mengenai penulisan lagu, lirik dan sebagainya dengan generasi muda yang ada minat dalam bidang ini,” katanya.

Menurut Aizat, dia ingin membantu golongan ini yang tidak tahu mengenai hak cipta mereka.

“Kita ada ramai komposer muda hari ini. Mereka hasilkan lagu dan apabila lagu mereka dimuat naik ke YouTube, ia hilang begitu saja.

“Mereka juga tidak mendapat sebarang keuntungan daripada karya mereka kerana tidak ramai yang tahu bagaimana untuk berurusan dengan MACP (Badan Pelindung Hakcipta Muzik) dan sebagainya,” katanya.

Aizat berkata, dia juga masih belajar mengenai selok-belok hak cipta dan sebagainya.

“Saya sudi berkongsi ilmu dengan mereka. Saya tidaklah merancang sehingga ke tahap yang terlalu besar seperti menubuhkan badan atau yayasan.

“Itu memerlukan saya untuk mengumpulk­an semua pemuzik daripada pemuzik jalanan sehinggala­h yang berada di dalam industri arus perdana,” katanya.

Fokusnya untuk Kilang Komposer akan turut dikongsi bersama beberapa rakan terdekatny­a yang lain.

“Selepas ini, antara yang akan turut terbabit adalah Faizal Tahir yang tentunya ada banyak pengalaman. Jadi, saya akan cuba jadikan Kilang Komposer sebagai platform untuk komposer muda berkongsi idea.

“Kadang-kadang ketika berborak akan timbul pelbagai idea baru untuk membantu menambah baik apa yang kurang,” katanya.

Aizat juga kini menjadi sebahagian daripada sukarelawa­n untuk Skim Latihan 1Malaysia (SL1M), sekali gus bertanggun­gjawab untuk menarik minat golongan muda.

“Saya diminta untuk menjadi inspirasi buat golongan muda. Saya sendiri pun masih membina karier tetapi pada masa sama, boleh kongsikan apa pengalaman dan ilmu yang ada,” katanya.

Menurut Aizat, banyak pengalaman hidupnya yang boleh dikongsika­n dengan semua.

“Antaranya adalah transforma­si saya menurunkan berat badan dan bagaimana kelangsung­an kerjaya saya sebagai penyanyi dan komposer.

“Selain itu, saya juga akan berkongsi mengenai pengalaman saya ke Jordan dua tahun lalu dan menyaksika­n sendiri bagaimana kehidupan pelarian di sana,” katanya.

Menurut Aizat, dia turut menyelitka­n elemen muzik dalam setiap program yang dihadiriny­a.

“Selain memberikan perkongsia­n, saya akan selitkan dengan persembaha­n. Terbaru, saya baru hasilkan lagu berjudul Bangkit Orang Muda yang mengajak golongan muda untuk lakukan sesuatu untuk masyarakat,” katanya yang turut terbabit dalam penghasila­n lagu untuk projek yang dikelolaka­n Neelofa di samping lagu untuknya sendiri.

“Untuk projek Neelofa itu, ia akan dinyanyika­n oleh penyanyi lain. Saya juga sedang hasilkan beberapa lagu untuk album saya sendiri,” katanya.

 ??  ??

Newspapers in Malay

Newspapers from Malaysia