Harian Metro

Terima kasih kawan

- Nor Akmar Samudin akmar@hmetro.com.my

Tanpa sokongan rakan yang dikenaliny­a di kolej dulu, tidak mungkin Roy Rafiq, 30, dapat merakamkan single pertama berjudul Bila Jatuh Cinta.

Aegy bukan sahaja rakan yang pernah menimba ilmu bersamanya tetapi mereka juga berasal dari negeri sama iaitu Kota Kinabalu (KK), Sabah.

Aegy yang terlebih dulu mengorak langkah menetap Kuala Lumpur

(KL) kini kembali menetap di KK selepas lapan tahun memperjuan­gkan nasib sebagai anak seni.

Menurut Roy atau nama sebenarnya M Royrafik Hashim, sejak kecil dia suka menyanyi dan merakamkan banyak lagu tetapi untuk simpanan sendiri.

“Saya tidak yakin untuk berkongsi lagu yang sudah dirakam dengan orang lain. Sehinggala­h Aegy kembali menetap di KK pada 2014, dia mendengar lagu saya dalam kereta.

“Yakin saya boleh pergi jauh, dia menyaranka­n saya merakamkan lagu secara serius. Dia mengajak saya bernaung di bawah syarikat penerbitan­nya, NuBornmusi­c. Dengan kesungguha­n Aegy, lahirlah single Bila Jatuh Cinta. Keseluruha­n lagu ini hasil sentuhan Aegy dan dia turut menyanyi.

“Melodi yang diperdenga­rkan Aegy amat menarik dan liriknya juga dekat di hati saya kerana apabila bercakap soal cinta, tentu semua orang pernah jatuh cinta,” katanya.

Namun, jelas Roy rakaman lagu itu mengambil masa untuk siap sepenuhnya.

“Proses rakaman dimulakan pada 2015 tetapi terhenti seketika kerana ada beberapa halangan yang tidak dapat dielakkan. Selepas enam bulan berlalu, saya dan Aegy terpaksa melakukan rakaman semula dan lagu ini siap sepenuhnya pada Mac 2016.

“Melihat sambutan pendengar radio di KK terhadap lagu ini, pasti saya tidak dapat melupakan jasa Aegy. Dia bersungguh­sungguh mahu saya menjadi penyanyi dan tidak lagi hanya mendengar nyanyian sendiri dalam kereta,” katanya.

Roy yang bertugas di Jabatan Marin, Universiti Malaysia Sabah kini berada di KL untuk mempromosi­kan lagunya. itu.

“Saya akan berada di KL selama seminggu. Sebenarnya sudah sebulan saya bercuti kerana memenuhi pelbagai undangan di KK. Walaupun majikan memberikan sokongan nampaknya saya terpaksa segera pulang ke KK untuk bekerja semula,” katanya.

Inilah kunjungan pertama Roy ke KL dan jika tidak kerana untuk mempromosi­kan lagunya itu pasti sehingga kini Roy tidak tahu bagaimana rupanya ibu kota yang sentiasa sibuk dan sesak ini.

Meskipun Roy sudah mula seronok menjalani rutin baru dalam hidupnya, dia belum bersedia meninggalk­an pekerjaan tetapnya.

“Walaupun sudah ada single, saya tahu pahit getir menjadi anak seni. Agak perit jika saya hanya bergantung harap pada bidang nyanyian sahaja,” katanya.

 ??  ??
 ??  ?? ROY (kanan) bersama Aegy.
ROY (kanan) bersama Aegy.

Newspapers in Malay

Newspapers from Malaysia