Harian Metro

Ancam cederakan pihak sebar fitnah

-

SS perhatikan kebelakang­an ini, seorang artis lelaki yang boleh dikatakan dikenali ramai juga kerap terjebak dengan kontrovers­i.

Ada-ada saja perbuatan dan tindakanny­a yang mendapat reaksi banyak pihak sehingga menjadi bahan bualan di laman sosial.

Agaknya mungkin kerana tidak tahan menerima kecaman masyarakat, artis ini meluahkan perasaan marah menerusi laman sosial peribadiny­a.

Bagi SS, itu perkara biasa kerana setiap orang berhak meluahkan perasaan di laman sosial. Ia juga seakan-akan sudah menjadi budaya baru pada zaman ini kerana di manamana pun situasinya sama.

Cuma yang kurang bagusnya, artis ini agak emosi sehingga menyebut sanggup mencederak­an pihak yang memfitnahn­ya.

Pada SS, ini bukan satu tindakan yang bagus. Biarpun sekadar luahan perasaan, ia boleh disabitkan kesalahan jenayah yang hukumannya sangat berat.

SS harap artis ini dapat muhasabah diri agar kekecohan dapat diselesaik­an secara baik. Tiada untungnya bergaduh hanya kerana masalah yang kecil.

SS: Sentiasa istighfar untuk kawal marah. Menjengkel­kan apabila ada artis yang setiap kali berjumpa media beritahu bakal hadir dengan single baru.

Hasilnya, tidak kelihatan pun. Mungkin kerana sebenarnya, tidak ada pun single baru seperti yang digembarge­mburkan.

Terbaru, SS mendengar cerita mengenai artis yang muncul daripada program realiti, namun terus sendu kerana lagu dan usahanya tidak menjadi.

Menurut rakan SS, setiap kali berjumpa, dia akan beritahu akan muncul dengan single baru, tetapi tidak muncul juga.

Mungkin dia sekadar ingin adakan cerita bagi memastikan namanya masih relevan dalam industri sebagai penyanyi.

Positifnya, dia tidak pernah berputus asa. Namun begitu, kalau terlalu kerap bercerita akan menjengkel­kan.

SS: Ada juga yang bergelar ‘one hit wonder’.

Newspapers in Malay

Newspapers from Malaysia