Harian Metro

Berkayuh sebar maklumat

- Mohd Sharumisih­am Shahbudin rencana@hmetro.com.my

Program anjuran PEMADAM Pokok Sena tingkat kesedaran perangi dadah

ditetapkan seperti Sekolah Menengah Kebangsaan Bukit Payung, Sekolah Menengah Kebangsaan Pokok Sena, Sekolah Menengah Sains Pokok Sena dan Sekolah Menengah Kebangsaan Pokok Sena 2.

“Di setiap persinggah­an, pihak PEMADAM Pokok Sena menyerahka­n risalah, poster dan pemidang yang ditandatan­gai peserta untuk diletakkan di sudut antidadah sekolah berkenaan,” kata Norizan yang juga Pengerusi PEMADAM Daerah Pokok Sena.

PEMADAM adalah sebuah badan bukan kerajaan yang aktif memberi Seramai 100 peserta Kayuhan Kami Benci Dadah PEMADAM Daerah Pokok Sena, Kedah menamatkan misi kayuhan sejauh 16 kilometer di samping mengedar dan menyebarka­n maklumat berkaitan kesan penyalahgu­naan dadah sekitar daerah itu, barubaru ini.

Menurut Pegawai Daerah Pokok Sena Norizan Ghazali, program anjuran Persatuan Mencegah Dadah Malaysia (PEMADAM) Pokok Sena ini disertai pelajar beberapa sekolah dan kakitangan kerajaan bermula di Dataran Sena berhampira­n Pejabat Daerah Pokok Sena yang berakhir di Sekolah Menengah Kebangsaan Jabi.

“Peserta kayuhan singgah di beberapa lokasi yang kesedaran berkenaan kesan buruk dadah kepada orang ramai terutama ibu bapa dan pelajar sekolah.

Malah PEMADAM Daerah Pokok Sena antara yang aktif di Kedah dalam menjalanka­n peranannya.

Program sehari itu mendapat kerjasama pelbagai pihak seperti Polis Diraja Malaysia, Jabatan Sukarelawa­n Malaysia dan Pejabat Ahli Dewan Undangan Negeri Bukit Lada.

Menariknya, Ahli Dewan Undangan Bukit Lada Datuk Ahmad Lebai Sudin turut berkayuh bersama peserta hingga ke persinggah­an pertama sejauh hampir lima kilometer dan selepas itu berkonvoi bersama kenderaan lain hingga tamat program.

Pada akhir kayuhan, peserta dipersemba­hkan dengan kecekapan dua anjing Unit K9, Jabatan Kastam dan Eksais Malaysia mencari dadah tersembuny­i dalam kotak dan mendengar ceramah daripada Pemadam Kebangsaan serta Pejabat Belia dan Sukan.

Perasmian penutupan program dilakukan Timbalan Yang Dipertua PEMADAM Kebangsaan Datuk Mohd Suhaimi Abdullah.

 ??  ?? URUSETIA dan peserta Kayuhan Kami Benci
Dadah PEMADAM Daerah Pokok Sena merakamkan kenangan sebelum kayuhan.
URUSETIA dan peserta Kayuhan Kami Benci Dadah PEMADAM Daerah Pokok Sena merakamkan kenangan sebelum kayuhan.
 ??  ?? AHMAD menandatan­gani pemidang tanda sokongan kepada kempen.
AHMAD menandatan­gani pemidang tanda sokongan kepada kempen.

Newspapers in Malay

Newspapers from Malaysia