Harian Metro

KEJUTAN UNTUK TEMAN

-

Idea parti bujang dengan bajet minimum

Teman

sempena parti bujang itu.

MAKAN BERSAMA

Bawa teman kamu ke restoran atau kafe kegemarann­ya dan habiskan masa menikmati hidangan bersama.

Buat kejutan dengan memberinya kek, bunga dan kad ucapan sebagai tanda kenangan.

Jangan lupa pakaikan tiara dan ambil gambar, rakam video bersama serta kongsikann­ya di laman sosial untuk kenang-kenangan.

KARAOKE

Atur masa dengan teman kamu yang lain untuk membawa bakal raja sehari berparti di pusat karaoke.

Pilih lagu bersesuaia­n dan jangan lupa pesan makanan serta minuman untuk dinikmati bersama.

Minta bantuan pekerja di pusat karaoke untuk menghias bilik dengan dekorasi belon bagi menceriaka­n suasana.

SPA

Inilah masanya untuk kamu membawa bakal raja sehari ke spa bagi memanjakan dirinya sebelum mengakhiri zaman bujang.

Bukan selalu dan lebih menarik lagi jika kalian dapat melakukan rawatan muka, ‘pedicure’ dan ‘menicure’ bersama.

Sambil melakukan rawatan, kalian boleh berbual dan imbas kembali detik suka duka sepanjang perkenalan.

BERCUTI

Cari waktu sesuai untuk mengajak teman kamu yang bakal menjadi raja sehari bercuti bersama.

Tidak semestinya di luar kerana banyak destinasi menarik dalam negara yang boleh dikunjungi.

Manfaatkan masa bercuti dengan melakukan aktiviti bersama kerana belum tentu kalian kerap berjumpa selepas dia berumah tangga nanti.

KEJUTAN DI RUMAH ATAU TEMPAT KERJA

Jika teman kamu sibuk, apa kata rancang satu kejutan bersama rakan lain di rumah atau tempat dia bekerja.

Tidak perlu sambutan meriah, cukup dengan membawa kek atau hadiah daripada kalian.

Percayalah, teman kamu akan terharu dan ingat kejutan itu sampai bila-bila!

 ??  ??
 ??  ??

Newspapers in Malay

Newspapers from Malaysia