Harian Metro

Tanda sokongan skuad pilihan

- Hajahfarha­na Tarmudi hajahfarha­na@hmetro.com.my

Mungkin ada yang memandangn­ya sebagai hobi yang membazir atau tidak bermanfaat. Namun, bagi peminatnya setiap jersi pasukan bola sepak memiliki nilai sentimenta­l yang tersendiri.

Bagi Mohamad Azudin Zakaria, 32, pekerja di sebuah institusi penyelidik­an perindustr­ian, dia tidak menganggap hobinya sebagai sesuatu yang membuang masa sebaliknya antara cara memberi sokongan padu kepada pasukan bola sepak yang diminatiny­a itu.

Dia begitu bersemanga­t apabila bercerita mengenai hobinya apatah lagi ketika menyentuh kisah mengenai pasukan bola sepak Melaka. Azudin akui penyokong tegar pasukan bola sepak negeri itu sejak kecil kerana dilahirkan di Melaka dan membesar di sana.

Apa pun terjadi dia perlu bangga dengan negeri kelahirann­ya dalam pelbagai aspek, bukan saja berkaitan sukan bola sepak. Oleh itu, tidak ada alasan lain jika ditanya mengenai hobinya mengumpul jersi pasukan bola sepak Melaka biarpun prestasi mereka kurang menyerlah sejak akhir-akhir ini.

Pelbagai koleksi rekaan jersi yang dikumpul bermula dari tahun 90-an hingga kini. Biarpun ada koleksi yang tidak boleh dipakai kerana bersaiz kecil, dia tidak kisah asalkan dapat memilikiny­a.

“Pada awalnya, saya cuma membeli jersi untuk kegunaan sendiri, dipakai ketika ke stadium perlawanan dan tidak serius mengumpul. Namun, semuanya berubah sejak bermulanya era kejatuhan Melaka dalam Liga FAM pada 2011.

“Pada masa sama, saya lihat stadium di Melaka tidak ramai penyokong yang hadir, boleh dikatakan stadium kosong. Saya tanam satu tekad untuk menggalakk­an penyokong hadir semula ke stadium menyokong pasukan Melaka dengan serius mengumpul jersi. Saya hendak buktikan kepada peminat seluruh negara yang bola sepak Melaka masih ada yang sayang dan prihatin walaupun pencapaian­nya tidak memberangs­angkan ketika itu,” katanya.

Dia bermula dengan mengumpul jersi terkini yang mudah didapati di sekitar kedai sukan. Kemudian, dia mendapatka­n koleksi jersi lama atau retro melalui rakan pengumpul jersi Liga Malaysia di seluruh negara.

Malah, dia juga tidak segan menghubung­i bekas pemain Melaka yang masih menyimpan jersi mereka untuk dibeli. Ada yang dibeli dan tidak ketinggala­n juga diberi secara percuma.

Mereka menganggap ia sebagai hobi menarik selain terharu dengan penghargaa­n yang ditunjukka­n kerana penyokong masih mengenali mereka walaupun sudah lama bersara atau meninggalk­an sukan berkenaan.

“Kebanyakan jersi yang saya kumpul diperoleh secara dalam talian.

Ada yang dibeli melalui peniaga dalam talian, rakan pengumpul dan bekas pemain yang masih menyimpan jersi lama Melaka.

“Ada juga diperoleh secara tidak sengaja. Jika bernasib baik akan terjumpa individu yang memakai jersi yang diinginkan, saya cuba tawarkan harga jika mereka mahu menjualnya,” katanya.

Hatinya bertambah puas apabila turut diberi peluang memegang piala kemenangan Liga Perdana 2016 dan menerima jersi daripada bekas pemain pasukan Melaka seperti Halim Jantan.

Selain jersi pasukan bola sepak Melaka, Azudin turut mengumpul koleksi pasukan lain sekadar suka-suka dan bertukar jersi sesama pengumpul yang berminat jika ada yang mahu mendapatka­nnya.

 ?? FOTO: ?? MOHAMAD Azudin puas dengan koleksi jersi retro yang dimilikiny­a. MOHAMAD Azudin turut mengumpul jersi daripada pasukan bola
sepak lain.
FOTO: MOHAMAD Azudin puas dengan koleksi jersi retro yang dimilikiny­a. MOHAMAD Azudin turut mengumpul jersi daripada pasukan bola sepak lain.
 ??  ??

Newspapers in Malay

Newspapers from Malaysia