Harian Metro

Banyak diadaptasi ke drama, filem

-

bakat dan meminati bidang penulisan sejak kanakkanak malah sangat aktif semasa di sekolah dan universiti. Mungkin ia diwarisi daripada dua penulis tersohor, Datuk Dr Zurinah Hassan dan Allahyarha­m Azizi Haji Abdullah yang mempunyai hubungan kekeluarga­an dengan ibu saya.

Bagaimanap­un, tidak pernah terlintas dalam fikiran saya akan menjadi penulis novel apatah lagi kerjaya dalam bidang perbankan membataska­n waktu untuk melakukan perkara lain. Namun, apabila saya disahkan menghidap masalah buah pinggang pada 2008, ia mengubah segala-galanya. Dari sinilah bermulanya karier saya sebagai penulis novel.

M: Apa kaitan masalah kesihatan Syam dengan pembabitan sebagai penulis novel?

S: Ia memang sangat berkait rapat kerana jika tidak menghidap masalah buah pinggang mungkin saya tidak bergelar penulis seperti sekarang.

Akibat masalah itu, saya perlu melakukan dialisis sebanyak tiga kali seminggu. Ketika itu saya terfikir apa yang saya mahu lakukan selama empat jam setiap kali menjalani dialisis?

Doktor mencadangk­an melakukan perkara yang saya minat kerana menurutnya, ia bukan saja dapat mengatasi rasa bosan malah boleh menjadi terapi untuk menangani tekanan sepanjang proses rawatan itu.

Oleh itu, setiap kali menjalani dialisis, saya gunakan masa itu untuk menulis cerita bersiri dan dimuat naik ke blog. Tidak sangka ramai yang membaca serta memberi komen positif. Malah, ada yang mencadangk­an supaya saya menerbitka­nnya sebagai novel.

Pada masa sama saya turut memuat naik karya itu ke sebuah laman web. Mungkin rezeki saya, pemilik laman web terbabit berminat untuk menerbitka­n novel saya.

Novel pertama saya hasilkan ialah Terlanjur Mencintaim­u yang mendapat sambutan luar biasa sehingga diulang cetak beberapa kali. Malah, ia turut mencatat rating tontonan yang tinggi apabila diadaptasi kepada drama bersiri di sebuah stesen televisyen.

M: Setakat ini, berapakah jumlah novel dihasilkan?

S: Saya sudah menghasilk­an 14 novel, sembilan novelet dan 11 antologi cerpen sepanjang hampir 10 tahun aktif terutama selepas menjadi penulis sepenuh masa sejak tahun lalu.

M: Kebanyakan novel Syam dikategori­kan paling laris dan menjadi pilihan diangkat menjadi drama atau filem, apakah resipi di sebalik kejayaan ini?

S: Boleh dikatakan setiap novel saya berkonsepk­an komedi romantik. Pada masa sama, saya turut selitkan konflik kekeluarga­an. Di samping itu, saya menggunaka­n bahasa yang mudah difahami. Tiga elemen ini menepati cita rasa serta dekat dengan kehidupan masyarakat kita.

M: Ada yang beranggapa­n novel yang dihasilkan penulis sekarang termasuk Syam hanya bersifat komersial malah dilabel sebagai novel murahan atau picisan. Apa komen Syam?

S: Istilah murahan atau picisan bergantung kepada persepsi seseorang. Contohnya, seorang guru mengkritik tajuk novel Isteri Untuk Disewa yang dianggap tidak membangunk­an minda pelajar. Jawapan saya sangat mudah, jangan sekadar baca tajuk tapi bacalah isinya.

Dalam strategi pemasaran, tajuk sangat memainkan peranan untuk menarik minat pembeli.

Tapi tidak bermakna isinya kosong dan ‘hampas’.

Dalam setiap karya, saya tetap selitkan nilai murni dan pengajaran yang boleh dijadikan panduan kepada pembaca.

Malah, dalam beberapa isu yang diutarakan, saya membuat kajian dan meminta khidmat nasihat mereka yang arif dalam bidang berkenaan, bukan main hentam keromo saja.

M: Bagaimana Syam mendapat idea untuk menghasilk­an sesebuah novel?

 ??  ?? .THE Chapter Bookstore antara impian yang sudah
dicapai. Selalunya saya hanya menyiarkan setakat bab 30, jika pembaca ingin tahu kesudahann­ya mereka perlu membeli novel. Ini salah satu strategi pemasaran saya
.THE Chapter Bookstore antara impian yang sudah dicapai. Selalunya saya hanya menyiarkan setakat bab 30, jika pembaca ingin tahu kesudahann­ya mereka perlu membeli novel. Ini salah satu strategi pemasaran saya

Newspapers in Malay

Newspapers from Malaysia