Harian Metro

Lindungila­h ikan yu!

- Hajahfarha­na Tarmudi hajahfarha­na@ hmetro.com.my

Semangat dan keberaniaa­nnya perlu dipuji apatah lagi jika perkara yang dilakukan mampu memberi kesedaran kepada orang lain untuk turut sama menjaga kesejahter­aan dan kebersihan alam sekitar.

Nur Azimah Az’ri, 24, berasal dari Gua Musang, Kelantan. Bergelar mahasiswa institusi pengajian tinggi pastinya tidak terlepas daripada membuat kajian mengikut kesesuaian bidang bagi melengkapk­an tesis masing-masing.

Siswazah Ijazah

Sarjana Muda Sains

Marin Universiti Malaysia Terengganu dalam bidang Sains ini kini masih menyambung pengajian di peringkat Sarjana Biologi Marin di Universiti Brunei Darussalam.

Dia kini melengkapk­an kajiannya mengenai ikan yu atau ikan jerung yang terdapat di perairan Laut China Selatan Malaysia dan Brunei.

“Pada mulanya, ingin mengkaji mengenai ikan paus ketika saya dan rakan perlu memilih projek ilmiah tahun akhir, tapi tiada peluang. Kemudian, saya menukar kajian ikan paus kepada ikan yu.

“Projek tahun akhir sangat memuaskan dan penyelia, Profesor Dr Takaomi Arai mencadangk­an saya untuk terus menyelidik ikan yu di perairan berkenaan sekali gus merancang meneruskan pengajian dalam bidang ini.

“Kajian ini dijalankan bagi mengkaji spesies ikan yu yang tertangkap oleh nelayan dan data yang diperoleh akan membantu kita dari segi jumlahnya,” katanya.

Kebiasaann­ya, jika dia turun padang untuk melakukan kaji selidik di pelabuhan pendaratan ikan, memang ada ikan yu yang tertangkap dan jumlahnya sangat banyak.

Baginya, ia tidak sepatutnya terjadi kerana jumlah ikan berkenaan semakin berkuranga­n dari tahun ke tahun kerana ia sudah tertangkap sebelum sempat dewasa apatah lagi ikan yu sangat lambat membesar dan menghasilk­an anak yang sedikit.

Secara global, kira-kira 8,000 ikan yu dibunuh setiap satu jam dan 30 peratus lebih cepat berlaku berbanding pembiakan ikan berkenaan. Ikan yu ialah pemangsa penting yang mengawal ekosistem rantaian makanan di laut.

Jika pemangsa penting itu pupus, ekosistem laut menjadi tidak seimbang. Di Malaysia, ikan yu bukan antara ikan yang disasarkan namun ia adalah spesies yang tertangkap oleh nelayan yang kebanyakan­nya disebabkan penggunaan pukat tunda.

“Namun, disebabkan ia sudah tertangkap permintaan­nya sangat tinggi di pasaran terutama sirip ikan yu. Ikan yu memang ada di seluruh perairan dunia tapi paling banyak kepelbagai­annya di perairan tropika seperti di Malaysia, Indonesia dan Filipina.

“Ini kerana di kawasan perairan tropika banyak sumber makanan untuk ikan yu. Ikan yu spesis yang terancam dan patut dilindungi terutama di Malaysia.

“Sebagai seorang saintis terutama bahagian marin, kajian ini sangat penting dan saya begitu menghargai kehidupan laut. Jika bukan saintis yang perlu membuktika­n haiwan ini terancam, siapa lagi kerana bukti yang ada tepat dan saintifik,” katanya.

Ujarnya, bukti berkenaan ialah sumber yang sangat penting untuk menjadikan­nya sebagai alasan ikan yu perlu dilindungi.

Selain ikan yu, gadis manis ini pernah berpeluang melihat banyak spesies ikan jerung yang bersaiz agak besar dan jarang mendarat di perairan

Jika bukan saintis yang perlu membuktika­n

haiwan ini terancam, siapa lagi kerana bukti yang ada tepat dan

saintifik

 ??  ??
 ??  ??
 ??  ??

Newspapers in Malay

Newspapers from Malaysia