Harian Metro

NILAI sejarah jadi kebanggaan

- Mohamad Fahd Rahmat fahd@hmetro.com.my

Menjelang 1894, bandar Batu Pahat sudah mempunyai rangkaian jalan raya teratur

Asal usul nama Batu Pahat ialah daripada sebuah perigi yang dipahat tentera Siam ketika dalam perjalanan hendak menyerang Melaka pada 1456.

Kerja mengukur bagi pembukaan bandar Batu Pahat bermula pada 2 Disember 1893 diketuai Datuk Mohd Salleh Perang yang bergelar Datuk Bentara Luar.

Menjelang 1894, bandar Batu Pahat sudah mempunyai satu rangkaian jalan raya yang teratur dan baik sementara bangunan atap pula dijadikan pejabat kerajaan seperti mahkamah, balai polis dan penjara selain kemudahan sosial seperti rumah sewa serta pasar awam.

Kemuncakny­a, pada 1 Disember 1894 Datuk Bentara Luar mengisytih­arkan Bandar Penggaram sebagai bandar rasmi dan menanam azimat di persimpang­an Jalan Penggaram sebagai tanda kesejahter­aan dan keselamata­n bandar.

Satu usaha dilakukan bagi membangunk­an dan meluaskan bandar Penggaram hingga kawasan Tasik Al Kadri, Jalan Ampuan iaitu di antara Bukit Bendera dan Pejabat Jabatan Kerja Raya dilakukan.

Kerja mengambil tanah dari Bukit Bendera dan Bukit Tinjauan dilakukan banduan untuk membina serta menambak Jalan Rahmat yang dahulunya dikenali sebagai Jalan Kopi.

Pada 1920, pengkalan konkrit dibina di keduadua tebing sungai yang dipanggil Tangga Batu Penggaram dan Tangga Batu Peserai. Sebuah jeti konkrit juga dibina bagi kemudahan perdaganga­n laut dan Shahbandar.

Bagi memudahkan penyeberan­gan antara bandar dan tebing di seberangny­a, sebuah syarikat Melayu bernama Syarikat Penambang Kompeni Muar/Batu Pahat ditubuhkan bagi memulakan perkhidmat­an feri

dan bot.

Pada 1966, satu badan penasihat dilantik kerajaan negeri untuk menerajui Majils Bandaran Batu Pahat (MBBP) dan sejak itu pentadbira­nnya semakin baik selain kewanganny­a bertambah kukuh.

“Bandar Batu Pahat memiliki banyak bangunan bersejarah dan sebagai anak jati Perserai, saya amat berbangga dengan nilai sejarahnya dan berharap bandar ini akan terus dimajukan.

“Generasi muda kebanyakan kurang pengetahua­n berkenaan sejarah Batu Pahat. Satu usaha yang berkesan perlu dilakukan untuk membukukan semua dokumen termasuk gambar selain video bagi tatapan generasi akan datang,” ujar penduduk Peserai Kecil, Mohd Aliff Ikmal.

 ??  ?? MESKIPUN masih kekal, kelihatan
sebahagian umah mengalami pengubahsu­aian.
MESKIPUN masih kekal, kelihatan sebahagian umah mengalami pengubahsu­aian.
 ??  ?? Satu usaha yang berkesan perlu dilakukan untuk membukukan
semua dokumen termasuk gambar selain
video bagi tatapan generasi akan datang KEADAAN jalan diperbaiki dan persekitar­annya menerima sentuhan landskap berbeza.
Satu usaha yang berkesan perlu dilakukan untuk membukukan semua dokumen termasuk gambar selain video bagi tatapan generasi akan datang KEADAAN jalan diperbaiki dan persekitar­annya menerima sentuhan landskap berbeza.
 ??  ?? SUASANA persekitar­an di rumah pangsa Jalan Pantai, Batu Pahat.
SUASANA persekitar­an di rumah pangsa Jalan Pantai, Batu Pahat.
 ??  ?? JALAN Rahmat di Batu Pahat sudah pun menerima sentuhan
pembanguna­n.
JALAN Rahmat di Batu Pahat sudah pun menerima sentuhan pembanguna­n.
 ??  ?? FUNGSINYA sebagai penghubung antara bandar sudah tidak lagi diperlukan.
FUNGSINYA sebagai penghubung antara bandar sudah tidak lagi diperlukan.
 ??  ?? KENDERAAN besar seperti bas turut menggunaka­n perkhidmat­an feri di terminal di Kampung Muhibbah.
KENDERAAN besar seperti bas turut menggunaka­n perkhidmat­an feri di terminal di Kampung Muhibbah.
 ??  ?? MASIH kekal berfungsi dan dipelihara dengan baik.
MASIH kekal berfungsi dan dipelihara dengan baik.
 ??  ?? KAWASAN yang pernah beroperasi sebagai terminal feri di Kampung Muhibbah.
KAWASAN yang pernah beroperasi sebagai terminal feri di Kampung Muhibbah.
 ??  ?? TIADA pembanguna­n malah kawasan sekitar juga tidak terpelihar­a.
TIADA pembanguna­n malah kawasan sekitar juga tidak terpelihar­a.
 ??  ?? MAJLIS Perbandara­n Batu Pahat
beroperasi di bangunan ini.
MAJLIS Perbandara­n Batu Pahat beroperasi di bangunan ini.

Newspapers in Malay

Newspapers from Malaysia