Harian Metro

EMPAYAR GELAP 2 RAJA DADAH

- Fardy Bungga fardy@hmetro.com.my

„ Nilai aset dua raja dadah Malaysia hasil seludup heroin, syabu dari Thailand

Harta ‘empayar gelap’ dikumpulka­n dua raja dadah Malaysia hasil kegiatan penyeludup­an syabu serta heroin dari Thailand dianggarka­n mencecah RM1 bilion.

Nilai itu berdasarka­n aset kenderaan mewah, rumah banglo, pusat hiburan, restoran, hotel dan hartanah dimiliki dua suspek tempatan dikenali sebagai Mr T, 64, dan Mr G, 44.

Malah kedua-dua suspek berasal dari Johor dan Pulau Pinang itu dikesan turut mengumpul kekayaan di Malaysia hasil pemilikan terhadap hartanah dan rumah di negara ini.

Maklumat itu diperolehi hasil penahanan kedua-dua suspek yang ditahan pihak berkuasa negara Thailand pada 19 April dan 24 April lalu.

Mr T diberkas polis Thailand di Lapangan Terbang Hatyai sebaik kembali daripada Chiang Rai manakala Mr G ditahan di Lapangan Terbang Suvarnabhu­mi ketika menaiki pesawat pulang ke Malaysia.

Sumber polis berkata, walaupun dua penjenayah amat dikehendak­i itu sudah hampir 20 tahun berhijrah di negara jiran itu namun mereka dikesan memiliki ‘orang suruhan’ di tanah air untuk menjalanka­n urusan perniagaan dadah syabu dan heroin.

“Berdasarka­n siasatan awal, mereka dipercayai sudah menyeludup dadah ke negara ini membabitka­n jumlah melebihi RM500 juta sejak bergiat aktif dalam jenayah terbabit.

“Sindiket didalangi Mr T turut melakukan lima kali penyeludup­an dadah ke Malaysia sebelum gagal pada percubaan keenam pada Mac tahun lalu apabila pihak berkuasa Thailand memintas 282 kilogram syabu di Sadao dan menahan dua lelaki warga Malaysia.

“Kedua-dua suspek yang ditahan itu kemudian mendedahka­n operasi sindiket itu serta pembabitan ‘Mr. T’. Setiap percubaan menyeludup dadah membabitka­n ratusan kilogram syabu bernilai lebih 1 bilion bath (RM126 juta),” katanya.

Manakala Mr G dipercayai terbabit dengan penahanan dua individu Malaysia yang cuba menyeludup 52.4 kilogram heroin dan 41.9 kilogram syabu akhir tahun lalu.

“Kedua-dua suspek tinggal di Thailand, fasih berbahasa Thai dan memiliki kad pengenalan Thailand serta mempunyai empayar perniagaan di beberapa wilayah negara ini.

“Antara perniagaan yang dijalankan adalah berkaitan pusat hiburan, restoran, perhotelan dan hartanah dipercayai hasil kegiatan penyeludup­an dadah,” katanya.

Difahamkan kejayaan penahanan kedua-dua raja dadah itu adalah hasil kerjasama baik Polis Diraja Malaysia (PDRM) yang memberi maklumat risikan penting mengenai kegiatan suspek.

“Kedua-dua suspek dianggap sebagai anggota penting sindiket dadah antarabang­sa. Identiti mereka terbongkar berikutan penangkapa­n empat lelaki di Sadao dan Chumphon, selatan Thailand ketika cuba menyeludup dadah ke Malaysia,” katanya.

Katanya, kedua-dua suspek yang menyedari menjadi buruan pihak berkuasa bertindak mempelajar­i pelbagai tipu helah menerusi sebuah buku untuk mengelak dikesan.

“Kedua-dua suspek tidak mahu pergerakan diekori dan menyedari telefon bimbit mereka juga dipantau oleh pihak berkuasa Thailand.

“Polis Thailand mengekori kedua-dua suspek selama berbulan-bulan. Malah ini adalah operasi yang mahal disebabkan pegawai kami perlu tinggal di hotel yang sama dan makan di restoran yang mahal bagi memantau setiap pergerakan penjenayah,” katanya.

Menurutnya, polis bagaimanap­un masih menyiasat kemungkina­n Mr T bukan dalang sebenar di sebalik sindiket dadah antarabang­sa.

“Dia mungkin menjadi ‘orang kanan’ kepada sindiket itu hasil soal siasat dilakukan,” katanya.

 ??  ??
 ??  ?? SUSPEK yang ditahan polis Thailand sudah menyeludup dadah melebihi RM500 juta.
ANTARA barang yang dirampas milik raja dadah
Malaysia.
SUSPEK yang ditahan polis Thailand sudah menyeludup dadah melebihi RM500 juta. ANTARA barang yang dirampas milik raja dadah Malaysia.
 ??  ??
 ??  ?? SUSPEK digari pihak berkuasa Thailand.
SUSPEK digari pihak berkuasa Thailand.

Newspapers in Malay

Newspapers from Malaysia