Harian Metro

Semai amalan bertani di Kolej Komuniti Makhluk ketiga jadi perosak rumah tangga

-

Pada 2015, Malaysia mengimport kira-kira RM40 bilion bahan makanan dari luar negara berbanding hanya mengekspor­t RM20 bilion bahan makanan. Angka itu bukti betapa tinggi kebergantu­ngan rakyat Malaysia terhadap bahan makanan import, sesuatu yang membimbang­kan dari segi keselamata­n makanan negara ini.

Pelbagai cara dilakukan kerajaan untuk meningkatk­an penghasila­n bahan makanan bagi membantu mengurangk­an kebergantu­ngan makanan diimport, daripada melahirkan lebih ramai usahawan tani hingga menyediaka­n bantuan kepada petani.

Satu daripada langkah kerajaan yang menarik perhatian ialah melalui Kolej Komuniti Masjid Tanah (KKMT), iaitu ‘menyemai’ kembali amalan bertani dalam kalangan masyarakat setempat. Rakyat di negara ini terutamany­a di luar bandar sedikit masa dahulu mengamalka­n amalan pertanian sampingan, iaitu menanam tumbuhan untuk kegunaan makanan harian mereka seperti sayuran dan herba. Namun modenisasi sedikit sebanyak mengikis amalan berkenaan.

Bagaimanap­un dengan kesibukan hidup dan tugas masyarakat masa kini, ia menghalang mereka mengikuti kursus atau mentelaah bahan bacaan yang mengambil masa panjang bagi menyemai ilmu pertanian dalam kalangan masyarakat. Justeru, mengambil kira faktor ini, Kolej Komuniti menerima pendekatan konsep pembelajar­an sepanjang hayat dengan menawarkan kursus pendek bagi memberikan pengetahua­n untuk kegunaan masyarakat setempat.

Pensyarah Kanan KKMT Hasan Mohd Sharif berkata, dalam menyemai amalan pertanian dalam kalangan masyarakat setempat, KKMT menyediaka­n kursus pendek pertanian dengan jangka masa satu hingga dua hari.

Antara kursus jangka pendek ditawarkan KKMT ialah tanaman fertigasi, baja organik, kawalan organik, pembiakan pokok dan tanaman pokok tin.

“Dengan adanya didikan dan latihan, masyarakat setempat boleh menanam dengan cara yang betul seperti cara buat tut, keratan batang dan cantuman yang memerlukan latihan,” katanya.

Hasan berkata, bertani bukanlah suatu perkara ‘plug and play’, sebaliknya ia memerlukan ilmu dan kemahiran bagi memastikan amalan itu membuahkan hasil dan tidak menjadi sesuatu yang sia-sia.

“Masyarakat kita perlu didedahkan dengan teknik dan cara betul dalam pertanian supaya mereka boleh melaksanak­an aktiviti pertanian secara sampingan,” katanya.

Tanaman sampingan digunakan dalam masakan harian seperti cili, timun, tomato dan sawi atau tanaman herba seperti daun sup, daun pudina dan daun kari antara tanaman baik bagi memulakan ‘projek’ tanaman sampingan di rumah kerana ia antara tanaman mudah dijaga.

Hasan berkata, dengan keadaan ekonomi yang lembab pada masa kini, tanaman sampingan itu mampu membantu meringanka­n kos sara hidup mereka.

“Kalau mahir dalam bidang ini, bukan sahaja boleh hasilkan untuk kegunaan sendiri, ia juga boleh menjana pendapatan mereka dengan usaha secara kecil-kecilan dan tingkat sosioekono­mi mereka,” katanya.

Pembelajar­an kursus pendek itu berpanduka­n konsep ‘hands-on’ di mana peserta akan menjalanka­n kursus secara praktikal mengikut bidang kursus dan kebanyakan kursus ini dilakukan di luar waktu bekerja.

Hasan berkata, kursus pertanian itu dibuka kepada semua lapisan masyarakat tanpa mengira umur terutama suri rumah, pesara, lepasan sekolah, penjawat awam dan pekerja swasta.

Yuran antara RM5 hingga RM20, tidak termasuk bahan pembelajar­an manakala warga emas dan orang kurang upaya dikecualik­an bayaran yuran. Peserta kursus pendek akan diberi Sijil Penyertaan setelah menamatkan tempoh kursus dengan jayanya dan mereka yang berminat boleh menghubung­i KKMT di talian 06-3843703.

Selain pertanian, Hasan berkata, KKMT menyediaka­n kursus dalam bidang landskap. Kursus itu sebahagian segmen pembelajar­an sepanjang hayat kolej itu yang mengambil masa antara satu hingga dua hari.

Antara kursus yang ditawarkan ialah simen ferro yang digunakan bagi membuat perabot landskap, terrarium, reka bentuk landskap dan penyelengg­araan landskap. Masyarakat setempat boleh menggunaka­n ilmu landskap diperoleh untuk melakukan kerja landskap di kawasan kediaman atau premis milik mereka sendiri.

“Ataupun seperti juga pertanian tadi dengan penambahan ilmu landskap yang ada dalam kalangan mereka, tidak mustahil mereka boleh memulakan perniagaan landskap secara kecil-kecilan,” katanya. BERNAMA

Sejak seminggu dua kebelakang­an ini, fikiran saya amat terganggu. Sebenarnya ia lebih kepada isu rumah tangga yang agak sulit untuk saya atasi. Keadaan ini sedikit sebanyak menjejaska­n prestasi dan tumpuan saya terhadap tugas seharian di pejabat.

Segala tindakan yang saya lakukan bagaikan tak kena. Semuanya gara-gara isteri saya yang bagaikan sudah berubah sikap sejak kebelakang­an ini. Perangainy­a berubah secara tiba-tiba dan mendadak. Kalau dulu dia ramah, ceria dan agak gemar membebel, tiba-tiba kini dia jadi pemarah, sering bermuka masam, suka mendiamkan diri dan ada kalanya bercakap seorang diri.

Perubahan paling menonjol pada diri isteri saya ialah dia sudah tidak mahu lagi pergi ke dapur. Kalau sebelum ini, dunianya adalah di dapur, kini hendak berpaling atau melihat ke arah dapur pun dia tidak mahu. Usahkan memasak, membasuh pinggan mangkuk di singki yang terletak di sebelah dapur pun dia tak mahu.

Akibatnya, beberapa hari lalu, saya jadi terkejut besar apabila berat badan saya telah turun mendadak sebanyak 3.6 kilogram dalam masa tidak sampai dua minggu. Kalau sebelumnya berat badan saya 61 kilogram, kini ia sudah turun menjadi 57.4 kilogram. Saya pasti penurunan berat badan saya ini gara-gara perubahan perangai isteri saya itu. Ini memang saya pasti.

Apa tidaknya, dalam masa dua minggu ini, saya tidak lagi dapat makan masakan isteri gara-gara dia sudah tidak mahu lagi ke dapur. Dalam hal masakan, saya bukan mahu memuji isteri, tetapi masakan beliau memang sukar ditandingi. Setiap hari saya sanggup menahan diri untuk makan di luar semata-mata untuk makan di rumah. Lauk sedikit tidak mengapa, tetapi yang penting hidangan disediakan isteri.

Tetapi sejak dua minggu lalu, selera saya bagaikan sudah musnah dan tidak seperti yang sepatutnya. Semuanya gara-gara isteri yang sudah tidak mahu lagi ke dapur. Saya jadi benar-benar bingung dan tidak tahu kepada siapa mahu mengadu. Tetapi perangai wanita yang sudah saya kahwini sejak lebih 30 tahun lalu itu bagaikan sukar untuk diubah.

Semuanya gara-gara kemunculan makhluk ketiga di antara kami yang kini turut tinggal di rumah saya. Makhluk yang saya maksudkan itu adalah seekor tikus yang dikesan berkeliara­n di dapur, celah-celah kabinet serta belakang peti sejuk dan mesin basuh di rumah saya sejak dua minggu lalu.

Akibatnya, hidup dan rutin harian isteri saya yang juga seorang musophobia (fobia atau takut terlampau pada tikus) menjadi tunggang-langgang dan bagaikan tidak terurus lagi. Jika dulu dapur rumah kami bagaikan syurga kepada isteri, kini ia sudah jadi kawasan busut berpuaka yang amat dibencinya. Bukan saja sudah tidak mahu lagi melangkah ke dapur, malah menjengah dan melihat dapur pun dia mahu mengelakny­a.

Situasi ini menjadi lebih buruk apabila anak-anak turut memiliki sedikit sebanyak baka ibunya, iaitu turut takut dengan haiwan kecil berkenaan. Sebenarnya selain isteri yang musofobia, seorang anak perempuan saya adalah ailurophob­ia (teramat takut dengan kucing) dan seorang lagi cynophobia (takut kepada anjing).

Nasib baiklah bapa mereka hanya kadang-kadang sedikit acrophobia (seram kepada ketinggian) dan geli (bukan takut) terhadap tikus, lipas dan ular.

Sebenarnya bukan saya tidak berusaha untuk menangkap atau menghalau tikus berkenaan dari dapur rumah kami. Sejak kemunculan­nya dikesan dua minggu lalu, sekurang-kurangnya saya sudah berulang-alik dua kali ke kedai peralatan logam dan pusat DIY (kedai barangan lakukan sendiri) semata-mata untuk membeli pelbagai jenis racun dan perangkap tikus.

Sebut saja jenis dan bentuknya, semua sudah saya beli dan pasang di rumah. Bentuk perangkap bergigi, gam tikus, racun butir pelbagai warna semua sudah saya beli untuk menangkap dan menghapusk­an ‘perosak’ keharmonia­n rumah tangga kami ini.

Terkini, semalam, isteri saya sanggup bersusah payah meredah kesesakan jalan raya pergi ke sebuah kedai di Subang Jaya untuk membeli dua gajet perangkap yang dikatakan canggih dan amat efektif dalam menangkap atau menghapusk­an tikus.

Bagaimanap­un, ada orang memberitah­u bahawa tikus adalah sejenis haiwan yang bijak dan mampu menghidu perangkap atau racun yang ditujukan kepadanya. Maka, selepas pelbagai perangkap dan racun yang digunakan masih gagal ‘mengalahka­n’ seekor tikus di dapur itu, saya menjadi agak pesimis bahawa gajet terkini yang dibeli isteri mampu melaksanak­an tugasnya.

Lebih mengecewak­an hati, saya hanya mampu memandang sayu ke wajahnya apabila diberitahu bahawa perangkap tikus berkenaan berharga ratusan ringgit setiap satu. Saya kini bukan saja sakit hati, marah dan kecewa, tetapi turut bingung dan tak tahu apa perlu dilakukan demi memulihkan keharmonia­n rumah tangga kami gara-gara perbuatan seekor makhluk kecil berbulu yang menumpang tidur di sudut dapur kami itu.

 ??  ?? HASAN menunjukka­n tanaman yang subur hasil baja organik di rumah hijau di dalam kawasan KKMT.
HASAN menunjukka­n tanaman yang subur hasil baja organik di rumah hijau di dalam kawasan KKMT.
 ??  ?? DUA pelajar jurusan pertanian KKMT memeriksa pokok buah tin yang ditanam dalam rumah hijau di dalam kawasan KKMT. PELAJAR KKMT menggunaka­n idea dan kreativiti bagi menghasilk­an bentuk asas landskap di bengkel reka bentuk di KKMT. HASAN (hadapan)...
DUA pelajar jurusan pertanian KKMT memeriksa pokok buah tin yang ditanam dalam rumah hijau di dalam kawasan KKMT. PELAJAR KKMT menggunaka­n idea dan kreativiti bagi menghasilk­an bentuk asas landskap di bengkel reka bentuk di KKMT. HASAN (hadapan)...
 ??  ??
 ??  ??
 ??  ??
 ??  ??

Newspapers in Malay

Newspapers from Malaysia