Harian Metro

DITARIK BANJIR DALAM PARIT

Dua anggota penyelamat pertaruh nyawa selamat dua wanita terperangk­ap dalam kereta dihanyut arus deras

- Raja Noraina Raja Rahim dan Amran Yahya am@hmetro.com.my

“Ketika sibuk menyelamat­kan mangsa banjir, saya bersama tiga anggota lain ternampak kereta dinaiki mangsa dihanyutka­n arus deras hingga ke dalam parit.

“Ketika itu, saya tidak fikir apa-apa melainkan nyawa mangsa. Tanpa membuang masa, kami terjun ke parit sedalam lima meter untuk menyelamat­kan mereka,” kata Mohd Jepliey Ambasing, 23.

Anggota Balai Bomba dan Penyelamat Kuala Pilah itu bersama rakan sekerja, Wan Hazizi Abd Halim, 33, dianggap sebagai hero apabila menyelamat­kan dua wanita, Sofiyyah Siswadi, 43, dan Rosmah Baharin, 37, daripada lemas.

Dalam kejadian jam 4.30 pagi semalam, Rosmah memandu kereta Nissan Sentra bersama Sofiyyah dihanyutka­n arus deras ketika melalui Jalan Seremban-Kuala Pilah di Kampung Sawah Liat, Ulu Bendul, di sini.

Bagaimanap­un, kejadian itu disedari beberapa anggota bomba sebelum menyelamat­kan mereka daripada lemas.

Mohd Jepliey berkata, ketika kejadian, dia menjalanka­n tugas menyelamat­kan mangsa banjir yang terperangk­ap dalam dua rumah di lokasi berhampira­n.

“Kereta itu tersangkut pada pokok dan senget ke kiri. Sebahagian kenderaan itu ditenggela­mi air. Saya dan Wan Hazizi terjun menye- lamatkan mangsa.

“Dalam keadaan gelap, saya mengeluark­an pemandu kereta terlebih dahulu disusuli penumpang menerusi pintu bahagian pemandu. Ketika itu, mangsa hampir lemas dan kami menarik tangan mereka untuk keluar,” katanya ketika ditemui, di sini.

Katanya, usaha menyelamat­kan mangsa mengambil masa kurang seminit dan mereka dibawa ke Hospital Tuanku Ampuan Najihah (HTAN) untuk rawatan.

Sementara itu, Ketua Balai Bomba dan Penyelamat Kuala Pilah, Jefri Amat berkata, sebuah jentera dan jentera Perkhidmat­an Perubatan Kecemasan (EMRS) bersama 16 anggota bergegas ke lokasi kejadian sebaik menerima panggilan kecemasan jam 4.05 pagi.

“Kami dimaklumka­n 13 rumah dinaiki air manakala tiga kereta termasuk Proton Waja dan Proton Wira dihanyutka­n arus, namun tiada kemalangan jiwa dilaporkan.

“Pihak bomba juga menyelamat­kan lapan mangsa daripada dua keluarga yang terperangk­ap apabila air naik setinggi 1.2 meter.

“Berikutan arus deras, anggota bomba menggunaka­n tali untuk menyelamat­kan mangsa termasuk seorang daripadany­a orang kurang upaya (OKU) berusia 18 tahun,” katanya.

Katanya, semua mangsa dipindahka­n sementara ke rumah jiran berhampira­n dan kembali ke rumah masing-masing sebaik air surut jam 7 pagi semalam.

 ??  ??
 ??  ?? ANGGOTA bomba memeriksa kereta dihanyutka­n banjir yang hampir meragut nyawa dua wanita.
ANGGOTA bomba memeriksa kereta dihanyutka­n banjir yang hampir meragut nyawa dua wanita.

Newspapers in Malay

Newspapers from Malaysia