Harian Metro

GELAGAT PELAJAR KONGSI GELAP

- Omar Osman am@hmetro.com.my

„ Pelajar ditahan rai penubuhan ‘Satu Hati’

Belumpun reda isu gengsteris­me dan kongsi gelap ‘Geng 24’ di Klang, Selangor pertengaha­n bulan lalu, seramai 17 remaja majoritiny­a pelajar ditahan polis kerana disyaki terbabit kegiatan sama di beberapa tempat dan sekolah di daerah ini.

Mereka ditahan Bahagian Kongsi Gelap, Maksiat dan Perjudian (D7) Ibu Pejabat Kontinjen negeri selepas tersebarny­a dua keping gambar menunjukka­n sekumpulan lelaki dan pelajar beruniform sekolah meraikan penubuhan kumpulan ‘Satu Hati’ dengan memotong kek tertera angka dan logo kongsi gelap Geng 35.

Ketua Polis Daerah Kuala Muda Asisten Komisioner Md Zukir Md Isa berkata, sebaik menerima gambar itu, polis menjalanka­n operasi dan menahan 17 lelaki berusia 15 hingga 20 tahun di sekitar Bukit Selambau, Taman Ria Jaya dan beberapa sekolah sekitar Kuala Muda, jam 11 malam kelmarin dan pagi semalam.

Beliau berkata, pada kek itu tertera nama ‘KUMARA’ pada angka 3 serta perkataan ‘MARAN’ pada angka 5 serta sekeping gambar bertulis angka ‘555’ dan ‘35’.

“Selain itu, terdapat tulisan Kedah Pasangge dan Satu Hati Berani Mati dan Kalau Takut Jangan Ikut 35’ pada kek berkenaan.

“Susulan penyebaran gambar itu jam 11 malam tadi (kelmarin), sepasulan anggota D7 mengesan dan menahan seorang lelaki berusia 19 tahun di sebuah rumah di Ladang UP, Bukit Selambau serta dua lelaki berusia 19 dan 20 tahun di Taman Ria Jaya dan Flat Paya Nahu,” katanya da- lam kenyata- an di sini, semalam.

Md Zukir ber- kata, hasil penaha- nan tiga lelaki itu, polis melakukan operasi di beberapa sekolah sekitar Kuala Muda serta menahan 14 pelajar berusia 15 hingga 17 tahun dan dibawa ke Ibu Pejabat Polis Daerah Kuala Muda untuk siasatan lanjut.

“Tiga suspek direman tiga hari bermula hari ini (semalam) hingga 7 Mei, manakala 14 pelajar sedang diambil keterangan,” katanya memaklumka­n, kes disiasat mengikut Seksyen 52 Akta Pertubuhan 1966.

Sementara itu, Ketua Polis Negara, Tan Sri Khalid Abu Bakar melalui akaun Twitter miliknya turut mengucapka­n syabas dengan penahanan pelajar yang terbabit dalam gengsteris­me di Sungai Petani, selain menyatakan ramai lagi akan ditangkap.

Pada 20 April lalu, dua video memaparkan sekumpulan lelaki dipercayai anggota ‘Geng 24’ menimbulka­n kekecohan di luar sebuah sekolah di Klang, menjadi tular dalam media sosial.

 ??  ??

Newspapers in Malay

Newspapers from Malaysia