Harian Metro

5 BERANAK MELECUR

- Zuliaty Zulkiffli am@hmetro.com.my

iran beritahu abang saya masuk semula ke dalam rumah untuk menyelamat­kan kakak ipar yang pengsan ketika api marak. Pada waktu sama, penduduk kampung datang menyelamat­kan mereka sekeluarga keluar dari rumah selepas memecahkan pintu jeriji.

“Kami adik-beradik bersyukur kerana kakak ipar, Nor Fadilah Zammir Gul, 43, dan tiga anak saudara, Nor Erra Liyana Abdul Razak, 22, Nor Eika Nabilah, 18, dan Mohamad Erel Raffiq, 4, yang masih tidak sedarkan diri manakala abang saya Abdul Razak, 49, sudah sedar,” kata Abdul Rahman Jusoh.

Dalam kejadian jam 6.30 pagi, keluarga abangnya yang menetap di Taman Derga Jaya, Jalan Datuk Kumbar, di sini, dikatakan nyenyak tidur sebelum terjaga selepas mendapati rumah mereka terbakar dan terperangk­ap di dalamnya.

Abdul Rahman, 46, berkata, jiran berhampira­n rumah abangnya dikenali sebagai Mohd Nizam, 46, sempat menyelamat­kan keluarga itu dengan memecahkan pintu jeriji.

Katanya, setakat jam 4 petang semalam, abang dan kakak ipar serta anak perempuan sulung mereka dirawat di Unit Rawatan Rapi (ICU) Kebakaran manakala Nor Eika dan Mohamad Erel pula dirawat di Unit Rawatan Rapi (ICU), Hospital Sultanah Bahiyah (HSB), di sini.

“Saya difahamkan mereka sekeluarga gagal keluar dari rumah disebabkan keadaan gelap akibat bekalan elektrik terputus, selain kepulan asap tebal. Mujur jiran berhampira­n datang dan pecahkan pintu jeriji untuk menyelamat­kan mereka.

“Mereka sekeluarga melecur di bahagian muka serta badan cuma abang saya cedera di lengan dan badan, tetapi mereka masih dirawat di hospital,” katanya, di sini, semalam.

Sementara itu, jiran hadapan rumah mangsa, Ooi Ah Hong, 66, pula berkata, dia terdengar suara anak perempuan keluarga itu menjerit ‘sakit’ beberapa kali menyebabka­n dia keluar melihat apa yang berlaku sebelum ternampak rumah mereka terbakar.

“Saya sangka ada orang bergaduh kerana jeritan sangat kuat, tetapi sebaik keluar dari rumah, saya ternampak rumah jiran terbakar.

“Ketika itu, penduduk di kawasan ini datang membantu memapah mereka sekeluarga pergi ke tempat selamat sebelum pasukan bomba tiba untuk memadam kebakaran.

“Saya sedih melihat keadaan mereka terutama anak-anak mangsa yang meraung kesakitan akibat melecur selain muka mereka juga hitam akibat terkena jelaga asap,” katanya ditemui di tempat kejadian.

Sementara itu, Penolong Pengarah Bahagian Siasatan Kebakaran, Jabatan Bomba dan Penyelamat Malaysia (JBPM) Kedah, Penguasa Kanan Bomba I Mohamad Yunus Abu berkata, pihaknya menerima panggilan jam 6.48 pagi berhubung kejadian itu.

„ Lelaki melecur, isteri dan tiga anak masih belum sedar

Katanya, operasi yang diketuai Komander Operasi Timbalan Penguasa Bomba Mohd Helmi Abu Husin membabitka­n 33 anggota dari BBP Alor Setar dan dua Pasukan Bomba Sukarela (PBS) dari Seberang Nyonya serta Taman Mutiara.

“Berdasarka­n siasatan awal, kebakaran dipercayai berlaku di ruang tamu rumah, namun siasatan lanjut masih dijalankan. Kita dapati bahagian tingkap rumah ini mempunyai jeriji kekal menyebabka­n penghuni sukar keluar lebih awal untuk menyelamat­kan diri,” katanya.

Dalam pada itu, Pengarah Kesihatan negeri, Datuk Dr Norhizan Ismail berkata, semua mangsa dimasukkan ke zon kritikal HSB dan diberi rawatan kecemasan serta-merta oleh pakar dan pasukan jabatan berkenaan.

Beliau berkata, Abdul Razak mengalami empat peratus kebakaran permukaan dan stabil, namun isterinya kritikal dan memerlukan alat bantuan pernafasan selepas tubuhnya terbakar 21 peratus selain melecur pada saluran pernafasan akibat terhidu asap.

“Anak perempuan pasangan itu berusia 22 dan 17 tahun masing-masing mengalami 32 peratus dan 19 peratus permukaan tubuh terbakar manakala anak lelaki berusia empat tahun tidak mengalami kebakaran permukaan tubuh,” katanya.

 ??  ??
 ??  ?? FORENSIK JBPM melakukan siasatan di rumah yang terbabit dalam kebakaran di Taman
Derga Jaya.
FORENSIK JBPM melakukan siasatan di rumah yang terbabit dalam kebakaran di Taman Derga Jaya.
 ??  ?? ABDUL Razak yang melecur di beberapa bahagian anggota badan.
ABDUL Razak yang melecur di beberapa bahagian anggota badan.

Newspapers in Malay

Newspapers from Malaysia