Harian Metro

EKSPO HIMPUN HIDANGAN TERBAIK

- Mohamad Hussin

Buat julung kalinya, Sambutan Hari Peladang, Penternak dan Nelayan Kebangsaan (HPPNK) 2017 bakal memperkena­lkan Festival Makanan Malaysia (MFF) bagi memberi peluang orang ramai menikmati sajian popular di seluruh negara.

HPPNK anjuran Kementeria­n Pertanian dan Industri Asas Tani (MOA) diadakan di

Taman Ekspo Pertanian Malaysia (MAEPS), Serdang, Selangor, pada 28 September hingga 1 Oktober ini.

Menteri Pertanian dan Industri Asas Tani, Datuk Seri Ahmad Shabery

Cheek berkata, MFF 2017 menerapkan ‘Farms, foods, drinks and experience’ antara elemen penting kepada perjalanan industri makanan di negara ini.

Beliau berkata, ia satu ekspo hidangan dari seluruh negara dan kepelbagai­an produk makanan serta untuk menghargai usaha seluruh komuniti di sebalik industri makanan di Malaysia.

“Melalui MFF ini, pengunjung berpeluang menikmati sajian makanan yang disediakan di samping dapat mendalami situasi pengeluara­n, penghasila­n dan persembaha­n makanan tempatan (Farmto-Fork).

“Acara empat hari itu bakal menampilka­n 850 gerai pameran dan jualan,” katanya pada sidang media selepas merasmikan majlis prapelanca­ran HPPNK 2017, di MAEPS, baru-baru ini.

Turut hadir, Timbalan Menteri Pertanian dan Industri Asas Tani, Datuk Seri Tajuddin Abdul Rahman dan Ketua Setiausaha MOA, Datuk Dr Ismail Bakar.

Ahmad Shabery berkata, HPPNK yang bertemakan Makanan Kita Masa Depan Kita (Our Food Our Future) menyasarka­n 500,000 pengunjung dan mampu menjana pendapatan hingga RM30 juta.

“Kementeria­n yakin sasaran pengunjung ke HPPNK 2017 dapat dicapai memandangk­an sambutan ini diadakan di MAEPS Serdang dengan kemudahan dan pengisian program yang menarik minat pengunjung.

“Sambutan ini juga bakal mengiktira­f wira tani negara dan meraikan makanan terbaik negara ke satu tahap tertinggi menerusi anugerah yang dipertandi­ngkan.

“Melalui HPPNK, kementeria­n bakal memberi pengiktira­fan kepada pencapaian terbaik peladang, penternak dan nelayan yang menghasilk­an produk serta inovasi pertanian dalam membantu menjamin sekuriti dan kedaulatan makanan negara,” katanya.

Menurutnya, kejayaan penganjura­n Pameran Pertanian, Hortikultu­r dan Agro Pelanconga­n Malaysia 2016 (MAHA 2016) memberi keyakinan untuk menjadikan HPPNK kali ini lebih besar daripada edisi sebelumnya.

“Kali ini, MOA bakal menampilka­n kelainan dengan pengisian program yang dapat menarik minat orang ramai menyertai bidang pertanian.

“Ia selaras hasrat kerajaan ke arah Transforma­si Nasional

2050 (TN50). Kami juga mensasarka­n pembabitan belia dalam bidang pertanian terus dipertingk­at menjelang 2050,” katanya.

Ahmad Shabery berkata, beliau berharap HPPNK 2017 dan MFF 2017 dapat menyediaka­n pelbagai ruang untuk perniagaan, pelaburan, kerjasama di samping memberi platform yang ideal melancarka­n produk.

“Ia termasuk perkhidmat­an baru dan inovatif di samping membina perkongsia­n strategik bagi meningkatk­an daya saing pasaran,” katanya.

Anda yang berminat menjadi pempamer, pengusaha dan rakan strategik dalam HPPNK boleh mendapatka­n maklumat lanjut di Facebook, Twitter dan Instagram.

Makanan: Penghasila­n makanan yang sihat dan selamat.

Masakan: Penyediaan makanan melalui demonstras­i makanan oleh cef terkemuka.

Teknologi makanan: Pameran teknologi makanan seperti pembungkus­an.

Hidangan: Pelbagai jenis juadah dan menu dipersemba­hkan.

Agropelanc­ongan: Nikmati pengalaman Agropelanc­ongan dengan menyertai The Gourmet Tour, lawatan sekeliling MAEPS sambil menjamu selera.

Komuniti: Menyatukan komuniti melalui konsert Rhythm of The Farmers (ROTF) dan jualan food truck.

 ?? Mohamad_hussin@hmetro.com.my
FOTO: ?? MFF 2017 MENERAPKAN FARMS, FOODS, DRINKS AND EXPERIENCE:
Mohamad_hussin@hmetro.com.my FOTO: MFF 2017 MENERAPKAN FARMS, FOODS, DRINKS AND EXPERIENCE:
 ??  ?? 1. SEBAHAGIAN daripada penaja HPPNK 2017 bergambar bersama Ahmad Shabery (belakang empat dari kiri) dan Tajuddin (belakang lima dari kiri).
2. AHMAD Shabery merasmikan prapelanca­ran HPPNK 2017.
3. SEBAHAGIAN daripada tetamu yang hadir.
1. SEBAHAGIAN daripada penaja HPPNK 2017 bergambar bersama Ahmad Shabery (belakang empat dari kiri) dan Tajuddin (belakang lima dari kiri). 2. AHMAD Shabery merasmikan prapelanca­ran HPPNK 2017. 3. SEBAHAGIAN daripada tetamu yang hadir.

Newspapers in Malay

Newspapers from Malaysia