Harian Metro

Tangguh hingga 15 Jun Tendang muka isteri

- Izlaily Nurul Ain Hussein izlaily@hmetro.com.my Muhamaad Razis Ismail razis@hmetro.com.my

„ Tarikh sebutan akhir kes jurujual didakwa sebabkan kematian lapan remaja berbasikal

Kes seorang jurujual wanita yang didakwa memandu secara melulu sehingga menyebabka­n kematian lapan remaja berbasikal pada 18 Februari lalu ditangguhk­an kepada 15 Jun depan untuk sebutan akhir kes dan penetapan tarikh bicara.

Keputusan itu dibuat Majistret Siti Hajar Ali di Mahkamah Majistret Trafik, di sini, semalam selepas membenarka­n permohonan pihak pembelaan yang mewakili tertuduh Sam Ka Ting, 22, untuk meneliti dokumen yang diserahkan pihak pendakwaan kepada mereka.

Terdahulu, pihak pendakwaan diketuai Pengarah Pendakwaan Johor Roslan Mat Nor dan dibantu Timbalan Pendakwa Raya Muhammad Syafiq Mohd Ghazali memaklumka­n semua dokumen yang diperlukan membabitka­n kes itu sudah diserahkan kepada pihak pembelaan.

Beliau juga memaklumka­n kepada mahkamah bahawa pihak pendakwaan mencadangk­an 39 saksi untuk dipanggil sepanjang prosiding kelak.

Bagaimanap­un, peguam tertuduh Bustaman Menon Abdul Hamid Menon berkata, pihaknya sudah menerima dokumen daripada pihak pendakwaan, namun memerlukan masa untuk menelitiny­a memandangk­an membabitka­n jumlah yang banyak.

Roslan berkata pihaknya sudah bersedia memulakan perbicaraa­n kes itu.

“Pendakwaan sudah bersedia (memulakan bicara) dan 39 saksi turut disenaraik­an untuk dipanggil memberi keterangan, namun pihak pembelaan memohon masa untuk meneliti dokumen sebelum dibenarkan mahkamah,” katanya.

Terdahulu, tertuduh yang turut diwakili peguam Faizal Mokhtar tiba di mahkamah jam 9 pagi semalam untuk mendengar prosiding sebutan semula kes dihadapiny­a.

Wanita itu masih mengekalka­n imej topeng hidung dan mulut ketika hadir di mahkamah bersama dua lelaki dipercayai ahli keluargany­a.

Pada 28 Mac lalu, Sam mengaku tidak bersalah bagi pertuduhan memandu kereta bernombor pendaftara­n JQB 9984 secara melulu dan berbahaya hingga mengakibat­kan kematian lapan remaja di Jalan Lingkaran Dalam, jam 3.20 pagi, 18 Februari lalu.

Bagi perbuatan berkenaan, tertuduh didakwa mengikut Seksyen 41(1) Akta Pengangkut­an Jalan 1987 (Akta 333) yang memperuntu­kkan hukuman penjara maksimum 10 tahun dan boleh denda sehingga RM20,000, jika disabitkan kesalahan.

“Saya sudah maafkan dia Yang Arif,” kata Siti Norlizawat­i Ahmad, 34, ketika memberi keterangan impak mangsa di Mahkamah Sesyen, di sini, semalam terhadap kesalahan suaminya yang menendang muka dia pada Disember tahun lalu.

Walaupun mengalami bengkak muka dan mulutnya berdarah akibat perbuatan itu, Siti Norlizawat­i mengakui di hadapan Hakim Nazri Ismail bahawa dia sudah memaafkan suaminya Sahabuddin Hanafi, 38.

Cuma katanya, mahu hukuman yang dijatuhkan dapat memberi pengajaran kepada Sahabuddin yang dituduh melakukan kesalahan berkenaan.

“Saya berharap dia tidak akan ulangi kesalahan sama,” katanya.

Mahkamah kemudian menjatuhka­n hukuman penjara tiga tahun terhadap tertuduh, bermula semalam.

Mengikut pertuduhan, Sahabuddin didakwa mendatangk­an kecederaan parah terhadap Siti Norlizawat­i di bahagian muka dan kaki di sebuah rumah di Jalan Pengkalan Chepa, di sini, pada 11 pagi, 20 Disember 2016.

Tertuduh didakwa mengikut Seksyen 325 Kanun Keseksaan yang dibaca bersama 326A kanun sama yang memperuntu­kkan hukuman penjara maksimum tujuh tahun dan denda, jika sabit kesalahan.

Berdasarka­n fakta kes, tertuduh didakwa bergaduh dengan mangsa selepas wanita itu menolak ajakan suaminya untuk pulang ke rumah ibunya di Pasir Puteh.

Mangsa menolak ajakan itu kerana ingin pulang ke rumah ibunya yang sakit.

Namun, tertuduh berang dan kemudian bertindak

„ Wanita maafkan suami tapi mahu mahkamah beri hukuman sebagai pengajaran

menyepak muka mangsa hingga mengalami bengkak dan berdarah di mulut.

Mangsa membuat laporan polis kerana bimbangkan keselamata­n dirinya.

Terdahulu, tertuduh yang tidak diwakili peguam memohon hukuman ringan kerana sudah insaf dengan kesalahann­ya.

“Selepas kejadian itu saya sudah insaf dan hubungan kami sudah baik,” katanya.

Bagaimanap­un, Timbalan Pendakwa Raya Siti Hajar Alias memohon hukuman setimpal untuk memberi pengajaran kepada tertuduh dan orang ramai supaya tidak mengulangi kesalahan sama.

 ??  ?? TERTUDUH dipenjara
tiga tahun selepas mengaku menendang
muka isterinya.
TERTUDUH dipenjara tiga tahun selepas mengaku menendang muka isterinya.
 ??  ?? TERTUDUH dibawa keluar
selepas mahkamah menangguhk­an kesnya ke 15 Jun
depan.
TERTUDUH dibawa keluar selepas mahkamah menangguhk­an kesnya ke 15 Jun depan.

Newspapers in Malay

Newspapers from Malaysia