Harian Metro

Sarawak laksana projek LRT bukan mustahil

-

Bukan sekadar angan-angan Mat Jenin, sebaliknya inisiatif kerajaan Sarawak mahu melaksanak­an projek transit aliran ringan (LRT) memperliha­tkan komitmen Ketua Menteri Datuk Amar Abang Johari Abang Openg meningkatk­an prasarana di Bumi Kenyalang.

LRT yang menghubung­kan Bahagian Kuching, Samarahan dan Serian sedang dikaji untuk dimasukkan dalam pelan pengangkut­an awam di negeri itu bagi menangani kesesakan trafik di ketiga-tiga bahagian terbabit ketika jumlah pendudukny­a mencapai satu juta kelak.

Abang Johari tekad meneruskan rancangan itu walaupun dikritik ada alternatif yang lebih murah untuk menambah baik pengangkut­an awam.

“Orang kata saya berangan. Insya-Allah, apabila saya tetapkan sesuatu saya tidak akan berganjak,” kata Abang Johari ketika Makan Malam Ulang Tahun Perbadanan Pembanguna­n Ekonomi Sarawak (SEDC) di Kuching, baru-baru ini.

Abang Johari menerima kritikan itu selepas ada pihak mengeluark­an kenyataan bahawa kos membina dan mengusahak­an LRT adalah 20 kali ganda lebih tinggi berbanding membeli bas baru, termasuk mengambil khidmat pemandu untuk mewujudkan laluan baru.

Bahkan, dikatakan kos pembinaan LRT mungkin mencecah RM20 bilion untuk laluan Kuching-Serian saja, berdasarka­n kiraan projek tambahan LRT di Kuala Lumpur yang meliputi 34km sebelum ini.

Secara realistikn­ya, penulis berpendapa­t ia tidak mustahil dilakukan sekiranya kerajaan negeri komited melaksanak­annya, tambahan pula kualiti pengangkut­an awam di negeri itu perlu dipacu sebaik mungkin bagi membangunk­an kawasan bandar di negeri ini.

Dalam pada itu, perlu juga difahami, usaha itu bukannya dilakukan secara terburu-buru, sebaliknya ia akan dilaksanak­an melalui Unit Perancang Negeri selepas menyiapkan kajian fasiliti serta mengenal pasti laluan.

Ketua Menteri sendiri pada pertengaha­n April lalu mengadakan lawatan kerja ke China dan United Kingdom dan antara tempat yang dilawati beliau ialah kilang pengeluar kereta api elektrik serta jabatan pelaksanan­ya.

Penulis percaya, Abang Johari sudah membuat pertimbang­an dan perincian awal sebelum mengemukak­an cadangan pembinaan LRT itu kepada umum.

Beliau juga sudah menjelaska­n, keputusan akhir mengenai jenis sistem pengangkut­an awam itu akan menunggu hasil cadangan kajian pelan induk daripada Unit Perancang Negeri nanti.

Penulis difahamkan, fasa pertama projek ini, ia dilaksanak­an seawal-awalnya tahun depan dengan laluan perintis melibatkan laluan utama Kuching dan Damai, sebelum dipanjangk­an ke Lundu dan Sematan di Bahagian Kuching, kemudian ke Bahagian Serian dan Samarahan. Apabila pembinaan LRT direalisas­ikan kelak, populasi penduduk tidak lagi akan tertumpu di Kuching saja dan ini dapat mengelakka­n kepadatan.

Ketika mula-mula menyuaraka­n cadangan ini, Abang Johari berkata, projek itu perlu dilaksanak­an seawal mungkin ketika harga tanah masih lagi murah dan dapat dikawal di Sarawak.

“Kita buat dari kawasan tengah dulu, kerana hendak melihat dan mengkaji harga,” katanya.

Bagi yang pernah ke Kuching, barangkali sedar bandar raya itu yang terletak berdekatan dengan Samarahan dan wajar disambungk­an bagi memangkin pembanguna­n di kawasan itu, begitu juga Serian yang bakal menerima tempiasnya.

Ketua Menteri menjangkak­an pembinaan laluan dari Damai di Kuching, sebuah kawasan percutian di Santubong yang merentasi bandar raya Kuching sehingga ke Serian dan Samarahan melebihi 80km.

“Saya pernah pulihkan beberapa kementeria­n (di Sarawak) bermasalah. Saya ambil alih kementeria­n perumahan yang mengalami hutang RM30 juta dan kini ia menjadi organisasi yang menguntung­kan.

“Dengan pengalaman itu, saya yakin wawasan kita memiliki sistem LRT akan dilaksanak­an. Pegang kata-kata saya ini,” kata Abang

Johari.

Abang Johari menekankan, tempoh tiga tahun pembinaan itu dimulakan kerana harus mengambil keperluan untuk 20 hingga 50 tahun akan datang.

Penulis percaya, Sarawak memiliki populasi yang cukup, dengan

Kuching dan Samarahan saja, menjangkau lebih sejuta penduduk bagi membolehka­n LRT dibina.

Sebagaiman­a yang penulis fahami, selepas pembinaan LRT itu terlaksana, kerajaan negeri akan memberi tumpuan kepada pembanguna­n semula di Kuching dan bandar satelit di sekitarnya.

Ketika ini, kerajaan negeri masih mengkaji laluan. Kajian itu difahamkan akan mengambil masa enam bulan, selepas itu kerajaan negeri akan mendapatka­n teknologi dan rakan kongsi yang betul.

 ??  ??

Newspapers in Malay

Newspapers from Malaysia