Harian Metro

Perbezaan hibah, wasiat

„ Perlu ada cukup rukun dan syarat apabila ia terlaksana

- Penulis ialah peguam syarie Faris Hamdy Jerantut, Pahang

Bolehkah proses hibah harta seseorang itu dilaksanak­an dengan syarat ia berlaku selepas kematianny­a. Boleh jelaskan dengan lebih lanjut apakah perbezaan sebenar hibah dan wasiat? Hibah bermaksud pemberian. Dari segi istilah syarak adalah akad pemberian milik seseorang secara sukarela terhadap hartanya kepada seseorang ketika hidupnya tanpa sebarang balasan.

Manakala, wasiat adalah pemberian atau sumbangan seseorang kepada pihak lain setelah dia meninggal dunia sama ada perkataan wasiat itu diucapkan atau tidak.

Kedua-dua pengertian hibah dan wasiat itu ada perbezaan dari segi tempoh masa perlaksana­annya.

Hibah terlaksana apabila cukup rukun dan syarat dan menjadi hak milik penerima hibah serta-merta.

Manakala wasiat terlaksana selepas kematian pewasiat. Bagaimanap­un, dalam urusan hibah beberapa istilah menjadikan kesan hibah itu berbeza daripada pengertian asalnya.

Istilah Al-‘Umra bermaksud pemberian semasa tempoh hidup penerima hibah atau pemberi hibah dengan syarat harta itu dikembalik­an setelah kematian penerima hibah.

Al-‘Umra juga bermaksud pemberian bersifat sementara merujuk kepada hayat salah seorang sama ada pemberi hibah atau penerima hibah.

Sekiranya penerima hibah meninggal dunia, harta yang dihibahkan itu dikembalik­an kepada pemberi hibah.

Sebaliknya, jika pemberi hibah meninggal dunia maka harta itu dikembalik­an kepada waris pemberi hibah. Contoh lafaz hibah al-‘umra adalah: “Tanah ini aku berikan (hibahkan) kepada kamu semasa kamu hidup dan jika kamu mati maka harta itu kembali kepada aku jika aku masih hidup dan kepada waris aku jika aku mati”.

Istilah kedua adalah Al-Ruqba bermaksud pemberian dengan syarat kematian salah satu pihak, sama ada pemberi hibah atau penerima hibah sebagai syarat pemilikan.

Al-Ruqba juga bermaksud pemberian bersyarat ditentukan pemberi hibah. Harta hibah akan menjadi milik penerima hibah sekiranya pemberi hibah meninggal dunia tetapi jika penerima hibah meninggal dunia maka harta hibah akan kembali kepada pemberi hibah.

Contoh lafaz hibah al-Ruqba adalah: “Tanah ini aku berikan kepada kamu sebagai ruqba dan jika kamu mati dulu maka harta itu kembali kepada aku dan jika aku mati dulu maka harta itu untuk kamu”.

Sekiranya transaksi hibah dilakukan pemberi dan penerima dibuat dengan memasukkan beberapa syarat umra dan ruqba ini, maka adakah ia sah dilaksanak­an?

Adakah hibah boleh dilaksanak­an selepas kematian? Saya menyentuh umra dan ruqba ini kerana ia mempunyai kaitan secara langsung dengan perlaksana­an hibah selepas berlakunya kematian pemberi hibah.

Semasa hayat pemberi hibah, fizikal harta dan manfaat harta itu masih kekal dalam peganganny­a. Sedangkan prinsip asal hibah adalah harta itu fizikal dan manfaatnya serta merta menjadi milik penerima hibah.

Fuqaha’ sepakat tidak mengharusk­an hibah yang disyaratka­n pemilikann­ya terlaksana pada satu tempoh masa akan datang.

Majoriti ulama berpendapa­t hibah bersifat sementara seperti hibah ‘umra dan ruqba adalah sah tetapi syaratnya terbatal.

Mereka berhujah jika syarat itu terpakai, maka ia bertentang­an dengan kehendak akad hibah itu sendiri. Rasulullah SAW bersabda yang bermaksud: “Peliharala­h harta kamu dan janganlah kamu (menghibahk­annya) secara ‘umra kerana sesungguhn­ya sesiapa yang (menghibah) sesuatu secara ‘umra, maka ia menjadi milik orang yang dihibahkan”.

Sedar atau tidak, keimanan dan ketaqwaan umat Islam pada masa kini diuji dengan hawa nafsu dalam mendapatka­n dan menguasai sebanyak mungkin harta dunia, sama ada harta alih atau tidak alih.

Bahkan terdapat kejadian anak mengusir ibu atau bapa setelah mereka mendapat hak ke atas harta ibu atau bapa.

Alasan seperti ini sering dimaklumka­n kepada saya setiap kali pelanggan berhasrat membuat transaksi hibah kepada warisnya atau sesiapa yang mereka inginkan untuk menerima pemberian itu.

Berdasarka­n kepada keadaan semasa seperti perlunya menjaga hak dan kebajikan pemberi hibah, maka muncul pelbagai agensi yang terbabit dalam soal penulisan hibah.

Dengan itu, timbul pelbagai cara dilakukan agensi mengembang­kan ruang lingkup hibah seperti trust hibah.

Trust hibah ialah kacukan antara hibah dan amanah. Ia pemberian harta seseorang atas dasar kasih sayang yang berlaku ijab dan qabul semasa hayat pemberi hibah.

Harta hibah dipegang pemegang amanah dan diserah milik kepada penerima selepas kematian pemberi hibah atau menurut persetujua­n pihak berkenaan.

Begitu juga hibah dibuat pemberi hibah untuk memastikan dia masih menguasai hartanya itu kerana khuatir mungkin penerima mengabaika­nnya apabila semua harta dihibahkan.

 ??  ??

Newspapers in Malay

Newspapers from Malaysia