Harian Metro

Dialog selama 2 jam

- Mohd Husni Mohd Noor mhusni@hmetro.com.my

Kelompok penggiat seni di negara ini tidak harus dipinggirk­an sebaliknya kedudukan mereka perlu diletakkan seiring dalam arus perdana negara terutama menuju aspirasi Transforma­si Nasional 2050 (TN50).

Perdana Menteri Datuk Seri Najib Razak berkata, penggiat seni bukan setakat menghibur, tetapi boleh memainkan peranan dalam menentukan hala tuju negara bukan sahaja dari sudut memajukan industri kreatif dan hiburan sebaliknya memajukan negara.

Beliau berkata, jika mahu membentuk rupa bangsa dan membina nilai sikap dan budaya, sudah tentu ia bergantung pada penggiat seni terutama pelakon, penyanyi, pelawak dan pekerja industri hiburan.

“Penggiat seni boleh dijadikan idola dan ikutan. Jika penggiat seni mampu menjadi ikutan, mereka boleh bantu membentuk generasi akan datang sekali gus mengangkat martabat negara dan seterusnya dijadikan aspirasi negara.

“Pendekatan aspirasi negara sudah berubah dan era kerajaan mengetahui segala-segalanya sudah berakhir. Kini sudah tiba masanya rakyat berkongsi minda dan aspirasi rakyat untuk membina kebersamaa­n antara kerajaan,” katanya pada sesi Dialog Transforma­si Nasional

TN50 Perdana Menteri bersama Penggiat Seni di Seri Perdana, malam tadi.

Hadir sama isteri Perdana Menteri Datin Seri Rosmah Mansor; Menteri Komunikasi dan Multimedia Datuk Seri Salleh Keruak dan Timbalan Menteri Pelanconga­n dan Kebudayaan, Datuk Mas Ermieyati Samsudin.

Katanya, beliau menggangga­p penggiat seni adalah penghubung kepada rakyat, justeru, mereka juga boleh berperanan menentukan masa depan negara.

Najib berkata, penggiat seni adalah sangat berpengaru­h dan mempunyai pengikut yang ramai, justeru, mereka boleh menjadi idola dan berperanan membentuk pengikut masing-masing.

Dalam pada itu, Najib berkata, dialog dan sesi bersama Perdana Menteri ini mencatat sejarah tersendiri kerana berjaya mengumpulk­an begitu ramai penggiat seni dalam satu majlis.

Pelbagai gelagat menarik dapat dilihat sepanjang dialog berlangsun­g apabila moderator yang juga Datuk Rosyam Noor mengambil peluang mengambil swafoto bersama Najib, malah Perdana Menteri turut mengambil peluang swafoto bersama Rosyam.

Sesi dialog selama dua jam itu berlangsun­g dalam suasana santai dan diselang seli dengan gelak ketawa namun, masih sarat dengan aspirasi dan perkongsia­n yang bernas antara artis dengan Perdana Menteri.

Turut hadir termasuk artis baru dan lama ialah pelakon yang juga Presiden Persatuan Seniman Malaysia (Seniman) Zed Zaidi, Datuk Yusof Haslam, Datuk Aznil Nawawi, Harith Iskander, Zizan Razak, Johan, Datuk Nash dan Datuk Norman Abdul Halim.

 ??  ?? NAJIB bercakap ketika Program Dialog TN50 bersama penggiat seni di Seri Perdana, malam tadi.
NAJIB bercakap ketika Program Dialog TN50 bersama penggiat seni di Seri Perdana, malam tadi.

Newspapers in Malay

Newspapers from Malaysia