Dollah yakin bisa Romero

Harian Metro - - Arena -

Sabtu ini, saya tak akan lepaskan peluang menurunkannya,” katanya ketika ditemui semalam.

Romero yang boleh beraksi di posisi tengah dan penyerang didaftarkan sebagai pemain import baru Pahang untuk mengambil alih tempat penyerang Nigeria Bright Dike yang disingkirkan.

Pemain baru ini dijangka digandingkan bersama dua pemain import Matheus Alves dari Brazil dan Mohamadou Sumareh di bahagian depan.

Menurut Dollah, ada sebab beliau dan pihak pengurusan mengambil keputusan drastik menukarkan pemain import.

“Dike bukan tak bagus, cuma nampak keserasian dia dengan pemain tempatan tak ada. Saya nampak dia ‘hilang’ dalam permainan, jarang dapat bola. Nak cakap tak bagus, dia ada menjaringkan gol pada awal musim,” katanya.

Dollah bersama pasukannya bertolak dari Kuantan

semalam untuk menjalani latihan di Temerloh sebagai persiapan terakhir menghadapi final Piala FA.

“Kedah pasukan yang sudah lama bersama manakala Pahang kembali dibentuk dalam lima bulan dan untuk beraksi di final adalah satu pencapaian baik untuk kami. Tapi apabila sudah sampai ke pentas final ini, kami tak akan mensia-siakan peluang ini,” jelasnya.

Newspapers in Malay

Newspapers from Malaysia

© PressReader. All rights reserved.