Harian Metro

Guna produk berasas organik

- DARI MUKA 15

Dalam membantu setiap wanita yang mempunyai pelbagai masalah kulit wajah, wanita gigih ini, Azliana Md Yusof, 35, berusaha menghasilk­an produk penjagaan kulit organik yang dihasilkan sendiri mengikut kesesuaian pelanggann­ya.

Menggunaka­n pengalaman­nya berkecimpu­ng dalam bidang pembanguna­n produk kecantikan di beberapa syarikat antarabang­sa, Azliana berkata, dia tekad menghasilk­an sendiri produk berasaskan organik selepas berhenti bekerja.

“Setiap pelanggan yang datang bertemu saya di Bellenina Spa & Wellness di 280 Park Homes, Taman Puchong Prima akan melalui proses analisis kulit wajah terlebih dulu.

“Selepas mengetahui jenis masalah, saya akan menerangka­n kepada pelanggan terutama mengenai bahan yang akan digunakan dalam produk khusus untuk kulit wajah mereka,” katanya.

Menurut Azliana, apa juga masalah dialami pelanggan, dia akan menggunaka­n bahan organik dalam setiap produknya kerana yakin ia yang terbaik dan selamat. terhasil adalah terbaik.

“Selain untuk individu, saya juga menyediaka­n perkhidmat­an menghasilk­an produk kepada individu yang mahu menjual produk kecantikan organik atas jenama sendiri.

“Saya juga tidak menetapkan jumlah tempahan apabila pelanggan boleh membuat tempahan serendah 20 unit saja dalam satu masa,” katanya.

Azliana berkata, kebiasaann­ya, pemilik akan berbincang mengenai jenis produk yang mereka mahu sebelum dia memulakan proses pembuatan produk organik itu.

“Saya mempunyai makmal mini sendiri untuk proses penghasila­n sesuatu produk.

“Setiap produk atas jenama saya ia dijual dalam lingkungan harga RM20 hingga RM65 manakala bagi mereka yang ingin menghasilk­an produk atas jenama sendiri harga bermula serendah RM5 saja,” ujarnya.

Menurutnya, antara yang dihasilkan ialah buih dan sabun pencuci wajah, penyegar, pelembap, skrub, produk penjagaan rambut dan badan serta barangan penjagaan fabrik.

“Sama yang menempah untuk kegunaan sendiri atau jualan, pelanggan perlu menunggu seketika kerana produk saya dihasilkan mengikut keperluan setiap orang. Saya tiada produk yang sedia dibeli.

Ini kerana setiap individu memerlukan formula dan

Pelanggan Azliana lalui proses analisis kulit wajah terlebih dulu

bahan kandungan produk berbeza,” katanya.

Selain fokus dalam penghasila­n produk, Azliana turut mengajar wanita yang ingin berkecimpu­ng dalam bidang kecantikan iaitu berkaitan spa asas selain beberapa cabang kecantikan lain.

“Saya sangat meminati bidang kecantikan dan mahu membantu lebih ramai wanita tampil cantik dan sihat.

“Pada masa sama, saya juga berazam membantu individu yang mahu berkecimpu­ng dalam bidang ini dengan berkongsi ilmu rawatan wajah dan pengetahua­n mengenai masalah kulit serta cara mengatasin­ya,” katanya.

Kata Azliana, semua dilakukan demi memastikan lebih ramai wanita mempunyai kulit wajah yang sihat menggunaka­n produk organik.

“Apabila berniaga perlu sematkan niat mahu membantu orang, barulah kepuasan itu dapat dirasai. Tentunya saya rasa bangga dan puas hati dapat membantu wanita mendapat kulit yang diidamkan,” ujarnya.

 ??  ?? AZLIANA di Bellenina Spa & Wellness miliknya.
AZLIANA di Bellenina Spa & Wellness miliknya.
 ??  ?? MENYEDIAKA­N produk berasaskan bahan organik sepenuhnya. AZLIANA ketika melakukan rawatan kepada pelanggan.
MENYEDIAKA­N produk berasaskan bahan organik sepenuhnya. AZLIANA ketika melakukan rawatan kepada pelanggan.

Newspapers in Malay

Newspapers from Malaysia