Harian Metro

Ibu yang gigih mahukan yang terbaik

- Siti Nadirah Hafidzin siti_nadirah@hmetro.com.my

Bergelar ibu tunggal pada usia yang masih muda bukan mudah terutama apabila perlu membesarka­n cahaya mata yang masih tidak mengenal erti kehidupan.

Selain perlu kuat dan cekal dalam berdepan pelbagai dugaan, kebijaksan­aan mengatur rutin harian untuk mencari rezeki antara perkara paling utama bagi memastikan kehidupan dapat diteruskan.

Bagi Nurnadhrah Mokhtar, 27, bergelar ibu tunggal selepas bercerai menjadikan dia wanita yang lebih matang dan tabah.

Menurutnya, demi cahaya mata yang kini berusia empat tahun dapat menjalani hidup seperti kanakkanak lain, dia bangkit dan membuang semua kesedihan dalam hatinya.

“Anak adalah sumber kekuatan saya. Disebabkan dia juga saya masih kukuh berdiri sehingga kini. Saya sentiasa mendahuluk­an dia supaya anak tidak berasakan ada kekurangan atau bersedih dengan apa yang terjadi,” katanya.

Atas faktor itu, dia mencari pekerjaan yang boleh dilakukann­ya tanpa perlu terikat dengan sesiapa terutama daripada segi masa.

“Saya mula berfikir jenis pekerjaan yang membolehka­n saya bersama anak sepanjang masa memandangk­an dia masih kecil,” katanya.

Tambah Nurnadhrah, selepas berbincang dengan kakaknya, maka tercetus idea untuk menawarkan khidmat gubahan bunga atau coklat yang boleh dijadikan hadiah kepada yang tersayang.

Nurnadhrah yang tinggal di Tampoi, Johor Bahru, Johor berkata, pekerjaan itu dirasakan bersesuaia­n dengan dirinya kerana boleh dilakukan di rumah memandangk­an ketika itu anaknya masih menyusu badan.

“Gubahan kami bukan saja boleh dijadikan hadiah hari lahir atau ulang tahun perkahwina­n, malah ada pelanggan yang menempahny­a untuk majlis konvokesye­n dan pelbagai sambutan lain,” katanya.

Menurutnya, dia amat bersyukur kerana khidmatnya itu menerima sambutan memberangs­angkan. Walaupun tampak mudah, namun kerjayanya itu tetap ada cabaran.

“Ia tidak semudah disangka terutama dalam memenuhi kehendak pelanggan. Disebabkan itu, saya dan kakak berbincang terlebih dulu dengan pelanggan untuk menentukan jenis gubahan apa yang mereka mahukan sebelum mencari idea terbaik melakukan kejutan kepada penerimany­a,” katanya.

Nurnadhrah berkata, perkhidmat­an penghantar­an kejutan itu dijalankan di sekitar bandar raya

Johor Bahru dan kawasan berhampira­n mengikut persetujua­n kedua-dua pihak.

“Syukur, kini kami mempunyai lebih 30 dropship yang bernaung di bawah kami. Saya berharap jumlah dropship ini bertambah pada masa akan datang yang menandakan pelanggan kami bertambah ramai.

“Kerjaya ini membolehka­n saya meluangkan masa bersama anak. Pada masa sama ia dapat menjimatka­n perbelanja­an bulanan kerana tidak perlu menghantar anak

Memikirkan kos sara hidup yang kian meningkat kini selain si kecil tersayang yang semakin membesar menyebabka­n Nurnadhrah perlu memikirkan cara menambah pendapatan sekarang.

“Disebabkan itu saya kini menawarkan khidmat spa bergerak pada hujung minggu. Saya belajar selok-belok perniagaan spa bergerak supaya khidmat yang ditawarkan memuaskan hati pelanggan.

“Fitrah wanita sukakan kecantikan. Ini sebabnya saya mencari sesuatu yang dekat dengan wanita dan syukur, berkat kesabaran, kini spa bergerak saya semakin dikenali khususnya di Johor Bahru dan kawasan berhampira­n.

“Walaupun agak baru dalam bidang ini namun saya yakin ia pilihan tepat memandangk­an saya dapat membantu lebih ramai wanita untuk tampil sihat dan cantik,” katanya.

Walaupun melakukan dua pekerjaan dalam satu sama, dia tetap bersemanga­t demi membesarka­n cahaya mata tersayang.

“Syukur, dengan pendapatan diperoleh ini saya mampu menjalani kehidupan seperti insan lain dan dapat membeli keperluan anak.

“Saya mahu membuktika­n wanita berstatus ibu tunggal adalah wanita yang kuat dan mampu berdikari. Saya berharap semua ibu tunggal tidak putus asa berusaha mencari kehidupan yang lebih baik,” katanya.

Nurnadhrah berusaha cari kehidupan lebih

baik demi anak

 ??  ?? NURNADHRAH ketika memberikan khidmat spa bergerak kepada pelanggann­ya.
NURNADHRAH ketika memberikan khidmat spa bergerak kepada pelanggann­ya.
 ??  ?? NURNADHRAH bersama kakaknya bekerjasam­a menyiapkan tempahan pelanggan.
NURNADHRAH bersama kakaknya bekerjasam­a menyiapkan tempahan pelanggan.
 ??  ?? NURNADHRAH bersama cahaya mata tersayang.
NURNADHRAH bersama cahaya mata tersayang.
 ??  ??
 ??  ??

Newspapers in Malay

Newspapers from Malaysia