Harian Metro

Kebaikan bertungku, bertangas

- DARI MUKA 15 TERBAIK UNTUK TUBUH ATASI MASALAH FARAJ

Suatu ketika dulu, amalan bertungku dan bertangas menjadi rutin wanita, tidak kira anak dara atau sudah berkahwin untuk menjaga kesihatan dalaman, sekali gus memancarka­n kecantikan luaran.

Kedua-dua amalan ini diakui memberi kesan mujarab kepada kesihatan wanita, lebih-lebih lagi jika mereka berdepan masalah seperti keputihan, angin, rahim longgar dan kegemukan.

Apabila melakukan rawatan berkenaan, ia membantu meringanka­n badan, melancarka­n perjalanan darah dan haid serta pelbagai lagi yang saling berkaitan.

Kini, amalan tradisiona­l ini kembali digemari tetapi ia perlu dilakukan dengan cara yang betul supaya kesannya lebih ketara dan dapat dirasai segera.

Pemilik Spa Mawar Putih Ruzita Jamaluddin berkata, sebaik-baiknya bertungku dilakukan menggunaka­n batu sungai berbanding peralatan moden yang banyak dijual di pasaran.

Menurutnya, batu sungai mempunyai banyak kelebihan kerana ia dapat memberi kehangatan berpanjang­an apabila dituam pada badan dan panas berkenaan meresap hingga ke dalam tubuh.

“Ditambah pula daun herba yang dibalut bersama batu sungai itu, secara tidak langsung kebaikan daun berkenaan meresap ke dalam tubuh.

“Antara daun digunakan untuk bertungku adalah mengkudu, sirih atau kaduk, lemuni dan pandan. Semua daun ini agen pemecah angin dan lemak,” katanya yang turut menawarkan rawatan bertungku serta bertangas dan pelbagai rawatan lain di spanya di Puchong, Selangor.

Ruzita berkata, demi memastikan kehangatan batu sungai itu berpanjang­an, seelokelok­nya ia dipanaskan di atas api kecil selama sejam. Jika dipanaskan dengan api yang besar, kehangatan­nya tidak bertahan lama dan boleh menjadikan batu itu cepat pecah.

“Ramai juga beranggapa­n wanita dibedah ketika bersalin tidak sesuai melakukan amalan bertungku, tetapi sebenarnya ia dapat menghapusk­an bisa badan dan memecahkan angin dengan melakukan teknik yang betul.

“Selain itu, ia dapat mengeluark­an saki-baki darah kotor, mengecutka­n dan memulihkan rahim serta urat saraf di sekeliling peranakan dan mengembali­kan tenaga,” katanya.

Menurutnya, waktu bertungku berbeza bagi wanita bujang dan selepas bersalin kerana keadaan fizikal tidak sama.

“Wanita bersalin seelokelok­nya bertungku dua kali sehari pada waktu pagi dan petang. Ia juga dikatakan dapat mengelak tubuh wanita daripada menggelebe­r.

“Walaupun banyak peralatan bertungku yang mudah diperoleh di pasaran, sebenarnya ia tidak begitu membantu terutama kepada wanita selepas bersalin untuk menaikkan kembali peranakan yang jatuh,” ujarnya.

Ramai yang mengaitkan amalan bertangas hanya untuk wanita selepas bersalin. Fakta itu ternyata tidak tepat.

Ruzita berkata, bertangas ternyata baik untuk wanita bujang yang mungkin mengalami masalah kegatalan faraj dan sebagainya.

“Ada dua jenis bertangas iaitu tangas kering dan basah yang kelebihann­ya sama tetapi keselesaan­nya berbeza mengikut pilihan individu berkenaan.

“Cara bertangas kering adalah menggunaka­n batu sungai yang dipanaskan selama satu jam di atas api kecil dan diletakkan serbuk tangas diperbuat daripada herba terpilih.

“Asapnya akan naik dan membantu mengetatka­n rahim. Ramai yang menggemari tangas kering ini kerana ia ringkas dan tidak terlalu merimaskan bagi yang tidak tahan kepada kepanasan,” katanya.

Sementara itu,

Ruzita berkata, berbeza dengan tangas basah, kehangatan­nya lebih dirasai seolah-olah sedang bersauna kerana ia menggunaka­n air panas yang dididih bersama daun herba terpilih.

“Bertangas digalakkan untuk dilakukan dalam tempoh 20 minit saja kerana ia sudah memadai. Wanita bujang digalakkan melakukan dua kali sebulan dan boleh merasai perubahann­ya.

“Jangan sesekali bertangas menggunaka­n siraman cuka pada batu sungai kerana ia menipiskan dinding rahim. Bagi yang ingin melakukan bertangas di rumah, amat digalakkan dan tidak semestinya di spa saja,” katanya.

Kata Ruzita, dia menawarkan semua jenis rawatan bertangas serta bertungku di spanya yang dilakukan juruterapi bertauliah bagi memastikan rawatan dilakukan dengan betul. -Siti Nadirah Hafidzin

 ??  ?? GUNA kaedah tradisiona­l.
ANTARA rawatan yang dilakukan. KUALITI rawatan setanding dengan bayaran dikenakan.
PELANGGAN menjalani rawatan.
GUNA kaedah tradisiona­l. ANTARA rawatan yang dilakukan. KUALITI rawatan setanding dengan bayaran dikenakan. PELANGGAN menjalani rawatan.

Newspapers in Malay

Newspapers from Malaysia