Harian Metro

‘80% MEREKA KUASAI’

- Kalidevi Mogan Kumarappa kalidevi@hmetro.com.my

Hampir 80 peratus warga asing memonopoli perniagaan menjual gajet dan peralatan elektronik di dua kompleks beli-belah menjual aksesori komputer di Jalan Imbi di sini.

Perkara ini didedahkan hasil operasi wartawan Harian Metro bersama Jabatan Imigresen Malaysia bermula jam 3 petang semalam.

Berdasarka­n pemerhatia­n, terdapat premis perniagaan terbabit dimiliki sepenuhnya warga asing tanpa permit manakala selebihnya dimiliki rakyat tempatan yang menggajika­n pendatang asing tanpa izin.

Terdapat juga beberapa premis dimiliki lelaki Pakistan yang mengaku berkahwin dengan wanita rakyat tempatan semata-mata bagi memudahkan mereka mendaftar perniagaan.

Sebaik menyedari anggota Jabatan Imigresen Malaysia melakukan serbuan, kebanyakan pekerja dan pemilik perniagaan warga asing terbabit lari lintang-pukang.

Bagaimanap­un tiada warga asing berjaya meloloskan diri apabila anggota polis Pasukan Gerakan Am (PGA) mengepung semua pintu keluar masuk ke bangunan itu.

Lebih dramatik apabila seorang lelaki warga Pakistan menjerit bagai diserang histeria sebaik ditahan anggota imigresen dan hanya memberi kerjasama selepas 15 minit ditenteram­kan selain diterangka­n kesalahann­ya.

Hasil pemeriksaa­n terhadap lebih 300 warga asing di pusat beli-belah itu, seramai 125 warga asing pelbagai kerakyatan ditahan dalam Ops Ikrar Bersepadu itu.

Mengulas lanjut, Ketua Pengarah Jabatan Imigresen Malaysia, Datuk Seri Mustafar Ali berkata, tindakan akan dijalankan secara berterusan bagi membendung kebanjiran pekerja asing tanpa izin menjalanka­n perniagaan secara haram.

Katanya, kebanjiran warga asing di ibu kota Kuala Lumpur turut menyebabka­n rakyat tempatan berasa terancam.

“Harian Metro pernah melaporkan sebelum ini KL dijajah warga asing dan Jabatan Imigresen tidak pernah sesekali menghentik­an operasi sebaliknya mengambil pelbagai tindakan untuk membendung masalah ini, ” katanya semalam.

Mustafar berkata, amaran keras juga diberikan kepada semua penyewa di pusat beli-belah supaya tidak menggajika­n pekerja asing tanpa izin.

“Saya juga ada berbincang dengan pemilik kompleks beli-belah ini mengenai prosedur penyewaan kepada warga asing.

“Menurut pemiliknya, mereka sudah menasihatk­an semua penyewa supaya tidak menggajika­n warga asing tanpa izin namun masih ada yang berdegil,” katanya.

 ??  ??
 ??  ??
 ??  ?? LAPORAN Harian Metro 10 Mei lalu.
LAPORAN Harian Metro 10 Mei lalu.
 ??  ??

Newspapers in Malay

Newspapers from Malaysia