Harian Metro

MPKj sita barang 5 penghuni rumah

-

Majlis Perbandara­n Kajang (MPKj) menyita pelbagai barangan milik lima penghuni rumah yang didapati gagal menjelaska­n tunggakan caj penyenggar­aan dalam Operasi Sitaan Harta Alih di Vista Seri Putra, Bandar Seri Putra Bangi, di sini, kelmarin.

Antara barangan yang disita ialah set televisyen, ketuhar, mesin basuh yang akan dilelong jika penghuni gagal membayar tunggakan dalam tempoh 14 hari.

Penolong Pegawai

Tadbir, Unit Perancanga­n Korporat dan Perhubunga­n Awam MPKj, Nadhirah Mohd Noor berkata, operasi yang bermula jam 2 petang sehingga jam 5.45 petang itu mengutip RM40,000 hasil daripada operasi itu.

“Dalam operasi ini, lima penghuni rumah berkenaan dikenal pasti gagal menjelaska­n tunggakan caj penyenggar­aan sebanyak RM10,000 di kawasan perumahan itu.

“Diharap melalui operasi sitaan harta alih ini menjadi iktibar kepada pembeli atau pemilik rumah yang gagal membayar caj penyenggar­aan untuk menyelesai­kan tunggakan dengan segera jika ingin menuntut kembali barangan yang disita,” katanya.

 ??  ?? ANTARA barangan yang disita MPKj dalam Operasi Sitaan Harta Alih.
ANTARA barangan yang disita MPKj dalam Operasi Sitaan Harta Alih.

Newspapers in Malay

Newspapers from Malaysia