Harian Metro

Cabul pelanggan sendiri

 Tukang urut mengaku tidak bersalah noda kehormatan wanita berusia 20 tahun

- Izlaily Nurul Ain Hussein izlaily@hmetro.com.my

Anak guam saya hanya memperoleh pendapatan RM1,500 sebulan dan bapa mentuanya bersedia untuk menjadi penjamin”

Freda Josephine Gonzales

Seorang tukang urut dihadapkan ke Mahkamah Majistret, di sini, semalam atas tuduhan mencabul kehormatan seorang pelanggan wanita berusia 20 tahun, 7 Mei lalu.

Bagaimanap­un, Ramlee Abdullah, 54, mengaku tidak bersalah selepas pertuduhan dibacakan jurubahasa mahkamah di depan Majistret Mohd Azlan Shah Mohd Allias.

Berdasarka­n kertas pertuduhan, Ramlee didakwa menggunaka­n kekerasan jenayah ke atas wanita berkenaan dengan maksud untuk mencabul kehormatan­nya di Taman Tampoi Indah, di sini, kira-kira jam 9.30 pagi, 7 Mei lalu.

Bagi perbuatan itu, tertuduh didakwa mengikut Seksyen 354 Kanun Keseksaan yang membawa hukuman penjara maksimum 10 tahun atau denda atau sebat atau mana-mana dua daripada hukuman itu, jika sabit kesalahan.

Timbalan Pendakwa Raya Muhammad Mohd Nasir menawarkan jaminan RM8,000 terhadap tertuduh dengan seorang penjamin.

Namun, peguam Datin Freda Josephine Gonzales yang mewakili tertuduh memohon jumlah itu dikurangka­n kepada RM3,000.

Beliau berkata, anak guamnya itu mempunyai tanggungan isteri dengan enam anak yang berusia sebulan hingga 13 tahun.

“Anak guam saya hanya memperoleh pendapatan RM1,500 sebulan dan bapa mentuanya bersedia untuk menjadi penjamin,” katanya.

Mahkamah kemudian membenarka­n tertuduh diikat jamin RM4,000 dengan seorang penjamin dan menetapkan 13 Jun ini untuk sebutan semula bagi serahan dokumen.

 ??  ?? TERTUDUH didakwa menggunaka­n kekerasan
jenayah ke atas mangsa dengan maksud untuk mencabul kehormatan­nya.
TERTUDUH didakwa menggunaka­n kekerasan jenayah ke atas mangsa dengan maksud untuk mencabul kehormatan­nya.

Newspapers in Malay

Newspapers from Malaysia