Harian Metro

Budak lemas jatuh baldi

Polis reman ibu serta teman lelaki untuk membantu siasatan

- Mohd Hafizee Mohd Arop hafizee@hmetro.com.my

Seorang kanak-kanak perempuan berusia dua tahun lemas dipercayai selepas terjatuh ke dalam baldi di pejabat teman lelaki ibunya di Meru, di sini, kelmarin.

Dalam kejadian jam 5 pagi, Fatini Aleysha Abdul Karim disahkan meninggal dunia selepas dibawa ke Hospital Raja Permaisuri Bainun (HRPB) akibat terjatuh ke dalam baldi.

Difahamkan, kejadian berlaku apabila mangsa dibawa ke tandas oleh teman lelaki ibunya berusia 31 tahun untuk membersihk­an najisnya manakala ibunya berumur 41 tahun menunggu di dalam kereta.

Sehubungan itu, ibu mangsa dan teman lelakinya ditahan polis kelmarin bagi membantu siasatan dan direman pagi semalam di Mahkamah Majistret Ipoh.

Mereka dibawa ke mahkamah jam 10.30 pagi sebelum Penolong Pendaftar Wong Lok Hai membenarka­n wanita berkenaan direman empat hari manakala teman lelakinya direman enam hari bermula, semalam.

Ketua Polis Daerah Ipoh Asisten Komisioner Sum Chang Keong berkata, siasatan awal mendapati berlaku kecuaian sehingga mengakibat­kan mangsa terjatuh ke dalam baldi.

“Lelaki berkenaan membawa mangsa naik ke pejabatnya untuk mencuci najisnya kerana mangsa membuang air besar manakala ibu mangsa menunggu di dalam kereta sebelum lelaki berkenaan turun dalam keadaan cemas dan memberitah­u kanak-kanak itu jatuh ke dalam baldi.

“Mereka membawa mangsa ke HRPB sebelum disahkan meninggal dunia dan laporan bedah siasat dijalankan di Jabatan Forensik HRPB mendapati kematian berpunca akibat lemas,” katanya.

Chang Keong berkata, kes disiasat mengikut Seksyen 31(1)(a) Akta Kanak Kanak 2001.

 ??  ?? SUSPEK
SUSPEK
 ??  ?? SUSPEK
SUSPEK

Newspapers in Malay

Newspapers from Malaysia