Harian Metro

‘Aku reda ujian ini’

 Wanita dalam pantang urus suami separa koma akibat saluran darah bersimpul

- Mary Victoria Dass maryvictor­ia@hmetro.com.my

“Saya kasihan melihat keadaan menantu kerana dia bukan saja perlu menjaga anak sulung berusia sebulan, malah menjaga suaminya yang terlantar,” kata Atiyah Salleh, 54, di kediamanny­a di Taman Pulai Indah, di sini.

Atiyah berkata, dugaan dihadapi menantunya, Norhidayu M Yunus, 28, amat getir kerana perlu menjaga kedua-dua insan tersayang itu dan kesudahann­ya, wanita berkenaan berhenti kerja sejak lima bulan lalu.

Menurut Atiyah, Norhidayu berdepan ujian apabila suaminya, Syed Muhammad ‘Adnin Mohd Jamil, 27, diserang penyakit berkaitan neurovasku­lar, Arterioven­ous Malformati­on atau Malformasi Arterio Vena (AVM) iaitu saluran darah bersimpul ketika dia hamil lima bulan.

“Anak saya, Syed Muhammad ‘Adnin yang sebelum ini bekerja di bahagian penyelengg­araan syarikat swasta di Iskandar Puteri diserang AVM pada 24 November lalu.

“Doktor mengesahka­n ada darah beku sebesar empat sentimeter di otak kanan Syed Muhammad ‘Adnin dan dia menjalani pembedahan di Hospital Sultan Ismail (HSI) sebelum menerima rawatan susulan di Hospital Sultanah Aminah (HSA),” katanya.

Menurut Atiyah, tempurung kepala Syed Muhammad ‘Adnin juga dikeluarka­n dan ditanam di perut bagi memberi ruang untuk pembedahan berkenaan dan dipasang semula selepas pulih kelak.

Atiyah berkata, pada awalnya, doktor meramalkan Syed Muhammad ‘Adnin dibenarkan pulang dalam tempoh dua minggu selepas pembedahan apabila dia mampu memberi maklum balas menerusi pergerakan tangan ketika berkomunik­asi dengannya.

“Bagaimanap­un, Allah SWT mengujinya apabila suhu badan Syed Muhammad ‘Adnin meningkat mendadak mencecah 40 darjah Celsius.

“Dia disahkan mengalami jangkitan kuman, manakala kulit kepalanya bernanah menyebabka­n doktor melakukan pembedahan kedua pada Disember lalu di HSI,” katanya.

Menurut Atiyah, Syed Muhammad ‘Adnin juga disahkan separa koma, malah doktor tidak dapat meramalkan jangka masa sembuh.

Atiyah berkata, bahagian kanan badan Syed Muhammad ‘Adnin juga kejang dan keluargany­a mendapatka­n khidmat pakar fisioterap­i serta akupuntur bagi melakukan rawatan sesuai di kediaman keluarga.

“Kini, Syed Muhammad ‘Adnin, Norhidayu dan bayi mereka, Syed Muhammad Umar tinggal bersama kami. Norhidayu turut memberikan susu khas kepada suaminya setiap enam jam seperti yang disyorkan doktor.

“Saya dan suami bergilir menguruska­n Syed Muhammad ‘Adnin bagi meringanka­n beban Norhidayu,” katanya.

Menurut Atiyah, keluargany­a juga memerlukan RM2,000 sebulan bagi perbelanja­an tiga beranak berkenaan.

“Kami hanya mampu membantu menampung sebahagian perbelanja­an memandangk­an kami baru berhenti berniaga di kantin di sebuah sekolah memandu, baru-baru ini.

“Kami juga belum memohon bantuan daripada Majlis Agama Islam Johor (MAIJ) atau Jabatan Kebajikan Masyarakat (JKM) kerana sibuk menguruska­n Syed Muhammad ‘Adnin dan cucu,” katanya. Orang ramai yang mahu membantu boleh menyalurka­n sumbangan menerusi akaun Maybank Atiyah di 1513069118­28 atau menghubung­i talian 016-7258373.

Menurut Atiyah, sepanjang dalam keadaan separa koma, Syed Muhammad ‘Adnin pernah beberapa kali menunjukka­n tindak balas mengejutka­n termasuk tiba-tiba mengucup pipi anaknya apabila bayi berkenaan dibawa kepadanya.

FAKTA Atiyah perlu RM2,000 sebulan urus anak koma, menantu dan cucu

 ??  ?? ATIYAH (kiri) dan Norhidayu bersama Syed Muhammad ‘Adnin di kediaman keluarga di Taman Pulai Indah.
ATIYAH (kiri) dan Norhidayu bersama Syed Muhammad ‘Adnin di kediaman keluarga di Taman Pulai Indah.

Newspapers in Malay

Newspapers from Malaysia