Harian Metro

Mat Dan teruja sambut Ramadan

 Mat salih fasih bertutur loghat Terengganu gembira jalani ibadat puasa dengan isteri

- Ahmad Rabiul Zulkifl am@hmetro.com.my

“Memang saya teruja sambut Ramadan kali pertama sebagai suami, maklumlah dapat berbuka dan bersahur bersama isteri,” kata jejaka mat salih yang fasih bertutur loghat Terengganu, Kareef Daniel Abdullah atau lebih dikenali sebagai Mat Dan.

Katanya, dia tidak membuat persiapan khusus menyambut Ramadan, namun bersiap sedia memanfaatk­annya sebaik mungkin untuk memperbany­akkan amal kebaikan.

“Ramadan kali ini juga peluang untuk saya mendalami ilmu agama dan mengamalka­nnya dalam usaha menjadi hamba Allah yang lebih baik.

“Berbanding bulan lain, Ramadan ialah bulan untuk merehatkan diri selepas sibuk berkerja, selain masa terbaik memperbany­akkan amal,” katanya ketika ditemui Harian Metro pada Majlis Penyerahan Baju dan Pelantikan Sebagai

Ikon Kelab

Taekwondo

Teguh (TE

GUH) di

Gimnasium Latihan TE

GUH, di sini, semalam.

Menurutnya, sejak mempunyai isteri, dia sentiasa berulang alik ke Kuala Lumpur untuk menjayakan pelbagai program dan urusan kerja.

“Saya berhasrat melancarka­n pakaian jenama sendiri pada Ramadan, tetapi tidak kesampaian kerana kekangan waktu. Pomade jenama J-Tac oleh Mat Dan akan dilancarka­n awal Ramadan ini.

“Selain itu, saya baru selesai menjalani penggambar­an rancangan travelog Haramain Backpacker­s musim kedua di Palestin yang akan ditayangka­n di saluran Astro Oasis pada 29 Mei ini sempena Ramadan,” katanya.

Mat Dan menikahi bekas pramugari, Nadifa Adnan, 28, pada 12 Mac lalu sambil ditemani ibu bapanya, Nicol Tyler dan Kevin Tyler.

Sementara itu, Ketua Jurulatih TEGUH Mohamad Salihin Siew Hin Abdullah berkata, dia berasa gembira apabila Mat Dan bersedia menjadi ikon TEGUH.

“Kesediaan Mat Dan secara sukarela membuktika­n kesungguha­nnya membantu meningkatk­an imej dan pembanguna­n sukan taekwondo negeri.

“Pembabitan Mat Dan itu secara tidak langsung memberi dorongan dan galakan kepada murid dan pelajar menyertai taekwondo,” katanya.

Ramadan kali ini juga peluang untuk saya mendalami

ilmu agama

Mat Dan

 ??  ??
 ??  ?? MAT Dan bersama isterinya, Nadifa. MOHAMAD Salihin (tiga dari kiri) menyerahka­n baju kepada Mat Dan pada Majlis Penyerahan Baju dan Pelantikan Sebagai Ikon TEGUH di Gimnasium Latihan TEGUH.
MAT Dan bersama isterinya, Nadifa. MOHAMAD Salihin (tiga dari kiri) menyerahka­n baju kepada Mat Dan pada Majlis Penyerahan Baju dan Pelantikan Sebagai Ikon TEGUH di Gimnasium Latihan TEGUH.

Newspapers in Malay

Newspapers from Malaysia