Harian Metro

KITA TAK BOLEH LEKA

- Idris Musa, Mohd Firdaus Ibrahim, Suraya Roslan dan Norizuan Shamsuddin idris@hmetro.com.my

 Malaysia siap sedia hadapi ancaman militan

Kuala Lumpur

Insiden serangan di Jakarta Timur, Indonesia malam kelmarin, Mindanao, Filipina dan selatan Thailand wajib menjadi ‘loceng amaran’ kepada Malaysia kerana keganasan dikaitkan dengan militan Daish itu juga boleh berlaku di negara ini.

Ini berikutan kumpulan pengganas itu mempunyai rangkaian di banyak negara termasuk Malaysia, selain arahan terbaru dikeluarka­n pemimpin Daish, Abu Bakar al-Baghdadi yang berpusat di Syria supaya anggotanya pulang ke negara masing-masing bagi melakukan serangan.

Sehubungan itu, Timbalan Perdana Menteri Datuk Seri Ahmad Zahid Hamidi mengingatk­an rakyat negara ini supaya jangan berasa selesa dengan insiden tragis di tiga negara jiran terbabit.

Beliau berkata, Malaysia juga tidak terlepas mengalami perkara itu jika tidak meletakkan kesiapsiag­aan agensi keselamata­n.

“Saya pernah menyebutka­n, kumpulan Daish mempunyai sua- tu rangkaian dipanggil Katibah Nusantara, diwujudkan oleh mereka yang menjadi pengganas untuk kepulauan Nusantara.

“Apa yang berlaku di selatan Thailand, Mindanao dan Jakarta dalam kajian yang dibuat badan perisikan mempunyai hubung kait. Dan kita di Malaysia jangan berasa selesa dengan keadaan itu,” katanya.

Beliau berkata demikian pada sidang media selepas merasmikan Program Big Splash Data Terbuka di Universiti Malaya, di sini, semalam.

Dua kejadian letupan bom di terminal bas Kampung Melayu, Jakarta Timur, malam kelmarin, mengakibat­kan lima terbunuh termasuk tiga anggota polis dan mencederak­an 10 yang lain.

Di Mindanao, berlaku pertempura­n berdarah antara tentera kerajaan dan kumpulan militan. Kumpulan terbabit bertindak ganas apabila turut memenggal seorang ketua polis tempatan yang diculik, dalam kejadian terbaru di bandar Marawi.

Thailand pula mengalami beberapa siri pengeboman dengan insiden terbaharu berlaku letupan bom paip di sebuah hospital ten- tera di Bangkok pada Isnin lalu yang mengakibat­kan 24 orang cedera.

Ahmad Zahid yang juga Menteri Dalam Negeri berkata, pembunuhan rakyat Malaysia Muhamad Wanndy Mohamed Jedi yang dulunya seorang koordinato­r untuk Katibah Nusantara ada kaitan dengan pengeboman yang berlaku di tiga tempat itu.

“Kita melihat apa yang berlaku di Manchester, mereka akan melakukan di rantau ini juga,” katanya.

Justeru, katanya, pihak unit antikegana­san Polis Diraja Malaysia (PDRM) sentiasa memantau kegiatan yang dilakukan oleh mereka.

Beliau berkata, bagi mengesan dan memantau pergerakan pengganas, usaha kerjasama antara agensi penguatkua­saan kerajaan dengan pihak luar seperti Polis ASEAN (ASEANAPOL) turut dipertingk­atkan.

Katanya, pasukan keselamata­n dan penguatkua­saan juga sentiasa memantau pintu masuk negara ini sama ada jalan darat, laut dan udara termasuk lorong tikus.

Selain itu, katanya, anggota keselamata­n termasuk yang tidak berpakaian seragam sentiasa melakukan pengawasan terutama di kawasan titik panas.

“Ia bukan bermusim tetapi sentiasa dilakukan. Saya harap rakyat memberikan kepercayaa­n sepenuhnya kepada PDRM dan agensi yang lain,” katanya.

 ??  ?? PASUKAN polis bertindak pantas mengawal lokasi kejadian. LOKASI kejadian letupan di Terminal Bas Kampung
Melayu, Jakarta Timur.
PASUKAN polis bertindak pantas mengawal lokasi kejadian. LOKASI kejadian letupan di Terminal Bas Kampung Melayu, Jakarta Timur.

Newspapers in Malay

Newspapers from Malaysia