Harian Metro

Daish dalang

-

Serangan yang berlaku di stesen bas di Kampung Melayu Jakarta Timur dan Bandar Marawi, Mindanao, Filipina dipercayai mempunyai kaitan.

Pengarah Institut Kajian Penyelidik­an Strategik Malaysia (MyRISS) Dr Mohd Mizan Mohd Aslam berkata, serangan itu berkaitan dan jelas didalangi Daish.

Menurutnya, arahan terbaru pemimpin Daish Abu Bakar al-Baghdadi yang berpusat di Syria adalah mengarahka­n anggotanya pulang ke negara masing-masing bagi melakukan serangan. “Ini jelas dengan insiden yang berlaku di Jakarta Timur dan serangan yang meletus di Bandar Marawi.

“Serangan di Marawi didalangi kumpulan Maute yang diketahui sudah berbaiah dan menyatakan taat setia kepada Abu Bakar,” katanya.

Memperinci­kan serangan berlaku di stesen bas di Jakarta Timur itu, Mohd Mizan berkata, serangan itu dilakukan penduduk tempatan.

“Kebanyakan anggota Daish yang berada di Indonesia sebenarnya terdiri daripada mereka yang mendapat latihan ketenteraa­n. Saya tidak menolak kemungkina­n, dua individu yang melakukan pengeboman berani mati itu mendapat latihan di Syria ataupun di selatan Filipina,” katanya.

Katanya, jika dibandingk­an serangan sebelum ini yang berlaku di Indonesia, pengganas hanya menyasarka­n kawasan tumpuan warga asing.

“Kini serangan dilakukan di kawasan tumpuan penduduk tempatan. Ini jelas menunjukka­n, motif serangan itu hanyalah untuk menimbulka­n huru-hara dan panik dalam kalangan penduduk,” katanya.

 Serangan di stesen bas Kampung Melayu, Jakarta Timur dan Bandar Marawi ada kaitan

“Arwah Taufan Tsunami berjanji mahu membawa durian paling besar untuk saya sebaik selesai menjalanka­n tugas di Kampung Melayu,” kata Asiah, 55, ibu kepada polis yang terkorban dalam serangan berdarah, malam kelmarin.

Asiah berkata, anaknya itu sempat menghubung­inya jam 7 malam dan bertanyaka­n mahu memesan makanan apa.

“Saya kemudian meminta dibelikan buah durian paling besar sebelum mendengar bunyi bising,” katanya.

Newspapers in Malay

Newspapers from Malaysia