Harian Metro

Lepas samun sorok di Pagoh

- Hafidzul Hilmi Mohd Noor hafidzul@hmetro.com.my

 Pemandu Uber rompak penumpang ditahan di R&R

Lari dan sembunyi di Johor selepas melakukan rompakan. Itu antara taktik digunakan seorang pemandu Uber berusia 22 tahun yang merompak seorang penumpang wanita di ibu kota Ahad lalu.

Suspek berjaya dijejaki dan ditahan polis di kawasan rehat dan rawat (R&R) Pagoh, Johor jam 11 malam, semalam.

Pemangku Ketua Polis Daerah Serdang Superinten­den Lee Wai Leong berkata, suspek ditahan sepasukan anggota Jabatan Siasatan Jenayah Ibu Pejabat Polis Daerah (IPD) Serdang selepas menerima maklumat awam.

Beliau berkata, semakan ke atas suspek mendapati pemuda itu mempunyai dua rekod jenayah lampau.

“Polis turut merampas kereta model Proton Saga BLM yang digunakan untuk menyamun mangsa.

“Usaha untuk mengesan seorang lagi suspek yang dipercayai bersubahat dengan individu ditahan masih diteruskan,” katanya.

Dalam kejadian Ahad lalu, seorang jurujual berusia 26 tahun menempah perkhidmat­an kenderaan suspek dari sebuah pusat beli-belah di Bangsar untuk pulang ke rumahnya di Bandar Puchong Jaya, Puchong di sini.

Wanita itu menyedari terdapat seorang lagi penumpang di tempat duduk hadapan namun dia tidak mengesyaki apa-apa.

Sebaik tiba di pusat perniagaan berhampira­n One Puchong, mangsa diacukan pisau sebelum diarah menyerahka­n barangan peribadi.

Lee berkata, pihaknya juga sudah mengambil tindakan susulan dengan mengenalpa­sti seorang lagi suspek melalui rakaman kamera litar tertutup (CCTV) di sebuah stesen minyak.

“Suspek yang ditahan kini direman bagi membantu siasatan mengikut Seksyen 395/397 kanun keseksaan.

“Orang ramai yang mempunyai maklumat berhubung kejadian boleh menghubung­i mana-mana balai polis untuk menyalurka­n maklumat,” katanya.

Newspapers in Malay

Newspapers from Malaysia