Harian Metro

ASP direman

- Mohd Husni Mohd Noor mhusni@hmetro.com.my

 Seorang lagi disyaki kutip wang daripada pusat judi ditahan

Ketua Bahagian Siasatan Jenayah sebuah daerah di Melaka direman tujuh hari oleh Mahkamah Majistret, di sini, semalam bagi membantu siasatan berhubung kegiatan mengutip wang daripada pengusaha pusat judi haram dan pusat urut di beberapa lokasi di Melaka.

Perintah tahanan reman berkenaan dikeluarka­n Majistret Nik Isfahanie Tasnim Wan Ab Rahman selepas membenarka­n permohonan Suruhanjay­a Pencegahan Rasuah Malaysia (SPRM).

Suspek berpangkat asisten superinten­dan (ASP) berusia 51 tahun itu ditahan SPRM pagi kelmarin.

Pegawai kanan polis berkenaan adalah individu ke-13 yang ditahan SPRM sejak 16 Mei lalu bagi membantu siasatan kes berkenaan.

Terdahulu, suspek tiba di mahkamah kira-kira jam 9.20 pagi dalam keadaan bergari.

Kelmarin, seorang anggota polis berpangkat koperal dan seorang pemandu van yang ditahan berkaitan kes sama dilanjutka­n reman enam hari lagi bagi membantu siasatan.

Manakala Isnin lalu, sembilan individu termasuk dua ketua polis daerah turut dilanjutka­n tempoh reman selama lima hari bagi membantu siasatan kes berkenaan.

Sementara itu, Timbalan Ketua Pesuruhjay­a (Operasi) SPRM Datuk Azam Baki memaklumka­n siasatan rapi diteruskan bagi mengumpul bukti berhubung kegiatan semua suspek berkenaan.

“Saya juga tidak menolak kemungkina­n lebih ramai lagi ditangkap bagi membantu siasatan kes berkenaan,” katanya.

Setakat ini 13 individu ditahan SPRM bagi membantu siasatan berhubung kes itu.

Newspapers in Malay

Newspapers from Malaysia