Harian Metro

Angkara pelaburan haram?

- Muhammad Apendy Issahak apendy@hmetro.com.my

 Mayat lelaki ditemui tergantung di pokok bersama keratan akhbar

Kematian seorang lelaki yang dipercayai menggantun­g diri pada dahan pokok berhampira­n Air Terjun Batu Pecah, Trong, di sini, Selasa lalu, menimbulka­n tanda tanya apabila beberapa keratan akhbar dan kertas bertulis nama pengasas satu sindiket pelaburan yang kini disiasat polis berhubung kes penipuan membabitka­n pelaburan lebih RM1.7 bilion, ditemui dilokasi kejadian.

Dalam kejadian jam 12.15 tengah hari, mayat mangsa, Yeng Yong Sooi, 54, berasal dari Trong, ditemui dalam keadaan kepalanya tergantung dengan tali nilon di pokok, manakala sebelah kakinya di atas motosikal dan sebelah lagi tergantung.

Abang mangsa, Yeng Ah Let, 59, berkata, pada hari kejadian, adik bongsunya itu keluar rumah jam 10 pagi dan dia mendapat maklumat mengenai penemuan mayat pada jam 1 tengah hari.

“Saya terus bergegas ke lokasi kejadian yang juga kawasan air terjun yang sering dia pergi mandi masa kecil dan terkejut menemui mayatnya tergantung di dahan pokok.

“Apabila saya memeriksa, saya menemui keratan akhbar dan kertas bertulis nama individu yang heboh diperkatak­an di media susulan ditangkap polis untuk siasatan kes sindiket penipuan pelaburan wang asing.

“Saya tidak pasti sama ada adik saya itu membunuh diri kerana terbabit atau menjadi mangsa dalam pelaburan berkenaan kerana dia tidak pernah menceritak­annya kepada keluarga,” katanya ketika ditemui di rumahnya di Kampung Baru Trong, di sini, semalam.

Menurutnya, adiknya yang mempunyai dua anak lelaki dan sudah bercerai sebelum ini bekerja sebagai pembantu tukang masak, namun berhenti pada Februari lalu.

Katanya, sejak berita mengenai tangkapan sindiket penipuan pelaburan berkenaan, dia perasan adiknya yang sebelum ini peramah berubah pendiam seperti mengalami masalah.

“Saya juga lihat adik saya itu mula mengumpul keratan akhbar mengenai kes berkenaan dan saya ada bertanya sama ada dia melabur dalam pelaburan itu, namun adik menafikann­ya.

“Tidak sangka pada Selasa lalu, dia dijumpai mati dipercayai mengantung diri dan penemuan keratan akhbar serta kertas bertulis nama pengasas sindiket pelaburan itu menimbulka­n tanda tanya sama ada dia menjadi mangsa penipuan. Kami ahli keluarga pun tidak dapat mengesahka­nnya,” katanya yang tinggal bersama mangsa dan seorang lagi adik lelaki.

Sementara itu, Ketua Polis Daerah Taiping, Asisten Komisioner Harrith Kam Abdullah berkata, lelaki terbabit ditemui remaja, Mohamad Zulfikri, 18, ketika mandi di kawasan air terjun Batu Pecah.

“Bedah siasat mendapati punca kematian disebabkan gantung diri dan siasatan polis mendapati tiada saksi kejadian serta tiada unsur perbuatan jenayah terhadap mangsa dan di lokasi kejadian.

“Keterangan keluarga mangsa juga diambil dan mereka tidak dapat mengesahka­n sama ada mangsa melabur dalam skim pelaburan yang kini disiasat polis, selain tiada sebarang laporan polis diterima daripada mangsa sendiri di Ibu Pejabat Polis Daerah (IPD) Taiping,” katanya ketika ditemui di sini, semalam.

Harrith Kam berkata, setakat ini, pihaknya hanya mendapat laporan daripada seorang mangsa berhubung kes pelaburan terbabit dan meminta orang ramai tidak membuat spekulasi mengenai punca mangsa membunuh diri dan sekiranya mempunyai sebarang makkumat boleh menyalurka­nnya kepada polis bagi membantu siasatan.

 ??  ?? NOTA yang ditulis mangsa sebelum membunuh diri di Air Terjun Pecah Batu, Trong.
TEMPAT kejadian lelaki menggantun­g diri di Air Terjun Pecah Batu, Trong.
NOTA yang ditulis mangsa sebelum membunuh diri di Air Terjun Pecah Batu, Trong. TEMPAT kejadian lelaki menggantun­g diri di Air Terjun Pecah Batu, Trong.
 ??  ??
 ??  ??

Newspapers in Malay

Newspapers from Malaysia