Harian Metro

Terkenang dua anak

- Mohd Sabran Md Sani sab@hmetro.com.my

 Bapa ingin jumpa zuriat diserah keluarga angkat 40 tahun lalu

Kedatangan Ramadan semakin menggamit kerinduan Ishak Amran, 74, terhadap dua anaknya yang diserahkan kepada keluarga angkat 40 tahun lalu.

Penghuni Pusat Jagaan Warga Emas Nur Ehsan, Kempas itu juga tidak pernah berhenti berdoa mengharapk­an kepulangan dua anaknya.

Ishak yang berasal dari Pontian berkata, seperti insan lain, dia sentiasa mengharapk­an kehadiran insan tersayang di sisi walaupun sedar keinginan itu sekadar mimpi memandangk­an mereka terputus hubungan hampir 40 tahun.

“Saya dan isteri berasal dari Indonesia dan berhijrah ke negara ini pada 1960. Sepanjang tempoh berkenaan, kami dikurniaka­n dua anak.

“Bagaimanap­un, anak sulung yang juga lelaki diserahkan kepada seorang bidan di Batam Baru, Batam, Indonesia ketika berusia dua bulan manakala anak perempuan diserahkan kepada keluarga mualaf Tionghua dari Singapura,” katanya ketika ditemui di pusat jagaan

itu, semalam.

Terdahulu, Ishak bersama 100 penghuni pusat jagaan berkenaan menerima kunjungan Kumpulan Pendidikan YPJ (KPYPJ) yang turut menyalurka­n bantuan bernilai RM5,000 bagi keperluan sepanjang Ramadan.

Sumbangan itu disampaika­n Ketua Pegawai Eksekutif KPYPJ Abdul Rashid A Rahman kepada Pengerusi pusat jagaan itu, Md Sharipin Shahlan dan Pengurusny­a, Norijah Bidin.

Kata Ishak, jika diberi peluang kedua, dia berharap dapat bertemu anaknya.

“Saya berdoa supaya dapat bertemu anak perempuan yang diberi nama Zaliah. Bukan niat saya menyerahka­n anak kepada keluarga angkat, namun tindakan itu dibuat tanpa kerelaan saya ketika itu,” katanya yang menghuni pusat jagaan itu sejak empat tahun lalu.

Katanya, dia berharap, Ramadan kali ini membawa sinar untuknya bertemu kembali dengan anak walaupun hanya untuk sekali.

“Hati siapa yang tidak terusik tatkala menjelang Ramadan tetapi saya perlu pendamkann­ya dan terus berdoa supaya niat bertemu kembali dengan mereka dimakbulka­n Tuhan,” katanya yang turut kehilangan kaki kiri akibat diabetis.

Katanya, kerinduan itu turut menyebabka­nnya bermimpi bertemu dengan anak perempuann­ya, tahun lalu.

“Alhamdulil­lah, Allah SWT izinkan saya bertemu anak buat seketika walaupun dalam mimpi. Paling tidak dapat dilupakan, anak menyatakan tahu mengaji dan mengikuti kelas agama di Singapura selain turut menunaikan solat,” katanya.

Berkongsi kisah hidupnya, bekas kakitangan kerajaan, Mohd Raji Tandang, 71, berkata, dia mengambil keputusan tinggal di rumah jagaan berkenaan selepas keadaan kesihatann­ya tidak mengizinka­n akibat terjatuh ketika membetulka­n lampu di rumah.

Katanya, wang pencen diperoleh digunakan untuk pengurusan hidupnya di rumah penjagaan berkenaan.

 ??  ?? KAKITANGAN KPYPJ, Mohd Redzuan Maarof menyuapkan bubur kepada warga emas Haron Labuh.
KAKITANGAN KPYPJ, Mohd Redzuan Maarof menyuapkan bubur kepada warga emas Haron Labuh.
 ??  ??

Newspapers in Malay

Newspapers from Malaysia