Harian Metro

Onar 3 jam

- Azahar Hashim am@hmetro.com.my

 Wanita baru sehari bekerja larikan barang kemas bernilai RM30,000

“Saya syak wanita itu sudah merancang (mencuri) apabila datang bekerja tanpa membawa apa-apa dokumen pengenalan diri. Apabila pekerja saya yang lain meminta kad pengenalan­nya, dia memberi alasan terlupa membawa dompet,” kata pemilik kedai emas yang mahu dikenali sebagai Khoo, 25.

Menurut Khoo, dia langsung tidak menduga wanita berusia 29 tahun terbabit yang baru tiga jam bekerja di kedainya, tergamak mencuri pelbagai barangan kemas hingga menyebabka­n dia kerugian RM30,000.

Katanya, disebabkan itu dia menawarkan ganjaran RM3,000 kepada sesiapa yang berjaya memberi maklumat sehingga tertangkap wanita ‘panjang tangan’ itu.

“Dia (suspek) menghubung­i saya melalui telefon bimbit untuk memohon kerja pada Selasa lalu dan saya meminta dia ke kedai semalam (kelmarin) untuk memulakan tugas.

“Memang peraturan kami sesiapa yang datang memohon kerja perlu memberi kad pengenalan untuk mengisi borang dan saya memaklumka­n kedai kami beroperasi pada jam 10 pagi,” katanya ditemui di kedainya di sebuah pasar raya, di sini, semalam.

Khoo berkata, bagaimanap­un pekerja lain memaklumka­nnya wanita berasal dari Parit Buntar, Perak itu hadir bekerja jam 4 petang dan memberi alasan tayar motosikaln­ya pancit.

“Pekerja saya kemudian meminta kad pengenalan daripadany­a namun wanita itu beritahu kad pengenalan­nya berada di dalam dompet yang tertinggal di rumah dan berjanji menyerahka­n esok (hari ini).

“Jam 6.30 petang, wanita itu memberitah­u kepada pekerja lain untuk menyusun barangan kemas yang dipamerkan,” katanya.

Katanya, suspek kemudianny­a menyusun barangan kemas sambil membelakan­gkan seorang lagi pekerja.

“Berdasarka­n rakaman kamera litar tertutup (CCTV) di dalam kedai, wanita itu mengambil masa tujuh minit untuk memasukkan barangan kemas ke dalam lengan bajunya.

“Dia kemudian memaklumka­n untuk keluar makan kepada pekerja saya sambil tangannya memegang perut untuk mengelakka­n barang kemas terbabit jatuh.

“Selepas wanita itu keluar, pekerja saya berasa hairan apabila melihat barang kemas yang dipamerkan berkuranga­n lalu memeriksa dan terkejut apabila mendapati beberapa barang kemas hilang lalu menghubung­i saya,” katanya.

Menurutnya, dia kemudian bergegas ke kedainya dan mendapati 11 utas rantai tangan, empat utas loket, empat utas rantai leher serta satu gelang tangan bernilai keseluruha­n RM30,000 hilang.

“Saya membuat laporan di Balai Polis Kulim hari yang sama, serta akan memberi ganjaran kepada sesiapa yang dapat menangkap suspek,” katanya.

Sementara itu, Ketua Polis Daerah Kulim Pemangku Superinten­dan Ahmad Nasir Jaafar ketika dihubungi, mengesahka­n menerima laporan daripada mangsa dan jumlah kerugian RM30,000.

“Siasatan masih dijalankan, malah kita sudah mengenal pasti suspek dan akan menahannya dalam masa terdekat,” katanya.

kemudian

 ??  ?? RAKAMAN CCTV menunjukka­n wanita baru sehari bekerja mencuri emas di meja pameran.
RAKAMAN CCTV menunjukka­n wanita baru sehari bekerja mencuri emas di meja pameran.

Newspapers in Malay

Newspapers from Malaysia