Harian Metro

Dari Nepal ke Malaysia

- Amirul Aiman Hamsuddin am@hmetro.com.my

 Tiga aktivis Nepal berbasikal 15,000km beri kesedaran mengenai penjagaan alam sekitar

Sanggup mengharung­i perjalanan sejauh 15,000 kilometer (km) dengan berbasikal bermula dari Nepal hingga sampai ke Malaysia.

Itu antara cabaran getir dilalui seorang aktivis alam sekitar dan dua pekerja sosial, Anish Dhakal, 22, Dilip Chhetri, 22, dan Nirmal Baral, 39, bertujuan mempromosi­kan kepentinga­n menjaga alam sekitar daripada dimusnahka­n.

Projek dimulakan mereka pada 30 Disember tahun lalu menggunaka­n moto ‘Perlindung­an Alam Sekitar dan Keamanan Dunia’ bertujuan mendidik masyarakat.

Anish yang juga ketua kumpulan itu berkata, projek itu bermula selepas insiden gempa bumi di Nepal pada April 2015 menyaksika­n hampir 9,000 mangsa terbunuh manakala lebih 22,000 yang lain cedera.

“Ilham tercetus selepas bencana alam besar itu berakhir dan menyebabka­n ibu negara Kathmandu mengalami kerosakan teruk.

“Melihat tragedi berkenaan, saya membuat keputusan merancang projek

bagi memberi kesedaran kepada penduduk setiap negara berhubung kepentinga­n alam sekitar kepada kehidupan,” katanya.

Menurut Anish, pengorbana­n besar turut dilakukan bagi memastikan perjalanan projek berkenaan berjalan dengan jaya walaupun terpaksa meninggalk­an keluarga serta rakan.

“Keluarga banyak menyokong pembabitan saya dalam projek berkenaan,” katanya ketika ditemui Harian Metro semalam.

Sementara itu, rakan kepada Anish, Dilip mengakui pengalaman merentasi 12 negara berlainan serta berjumpa pelbagai masyarakat menjadi kenangan terindah.

“Malaysia adalah contoh terbaik berikutan keunikan masyarakat berbilang kaum.

“Pada asalnya, saya menyangka projek ini hanya sekadar melancong dan melawat negara luar. Namun, selepas menjelajah dan bertemu sendiri dengan pihak luar, minda saya mula terbuka untuk menyampaik­an mesej kepentinga­n alam sekitar,” tegasnya.

 ?? FOTO: AZIAH AZMEE ?? DARI kiri, Anish, Dilip dan Nirmal.
FOTO: AZIAH AZMEE DARI kiri, Anish, Dilip dan Nirmal.
 ?? Anish Dhakal ?? Melihat tragedi berkenaan, saya membuat keputusan merancang projek ‘World Bicycle Tour’ bagi memberi kesedaran kepada penduduk setiap negara berhubung kepentinga­n alam sekitar kepada kehidupan”
Anish Dhakal Melihat tragedi berkenaan, saya membuat keputusan merancang projek ‘World Bicycle Tour’ bagi memberi kesedaran kepada penduduk setiap negara berhubung kepentinga­n alam sekitar kepada kehidupan”

Newspapers in Malay

Newspapers from Malaysia