Harian Metro

Mohon petunjuk lerai masalah

-

 Allah tidak pernah jemu mendengar rintihan hamba-Nya

Tidak dinafikan, kesan kelembapan ekonomi global yang berlaku sekarang turut dirasai rakyat negara ini. Berada di dalam situasi yang sangat mencabar itu menyebabka­n segelintir daripada kita diberhenti­kan kerja serta terdapat syarikat yang terpaksa ditutup akibat tidak mampu bertahan lagi.

Kepada yang masih bekerja, pendapatan bulanan yang diperoleh tidak mampu menampung kenaikan kos hidup yang semakin meningkat.

Situasi ekonomi semasa itu meletakkan ramai orang berada dalam keadaan tertekan mengakibat­kan ada yang murung memikirkan masalah.

Allah berfirman yang bermaksud: “Demi sesungguhn­ya! Kami akan menguji kamu dengan perasaan takut, kelaparan, kekurangan harta dan jiwa serta hasil tanaman. Dan berilah khabar gembira kepada orang yang sabar. (Iaitu) Orang yang apabila mereka ditimpa oleh sesuatu kesusahan mereka berkata “Sesungguhn­ya kami adalah kepunyaan Allah dan kepada Allah jualah kami kembali.” (Surah al-Baqarah 155-156).

Antara sebab ramai orang berasa tertekan kerana merasakan mereka sahaja berada dalam kesusahan. Itu sikap kebanyakan orang apabila diuji.

Mereka merasakan kegembiraa­n itu hanya untuk orang lain. Pada hakikatnya, minda kita gemar memfokuska­n perkara buruk dan mengabaika­n perkara baik.

Mungkin Allah uji kita dengan masalah kewangan tetapi kita masih ada wang untuk makan.

Daripada Aisyah r.a. dia berkata bahawa Rasulullah bersabda bermaksud: “Sesungguhn­ya orang-orang soleh akan diperberat (musibah) atas mereka. Dan tidaklah seorang mukmin tertimpa suatu musibah, seperti tertusuk duri atau lebih ringan daripada itu, kecuali akan dihapus dosa-dosanya dan akan ditingkatk­an darjatnya” (Hadis riwayat Ahmad, Ibnu Hibban, al-Hakim dan Baihaqi).

Berbicara mengenai rezeki, ramai yang terlupa dan merasakan majikan atau pemilik syarikat yang membayar gaji setiap bulan adalah punca rezeki mereka.

Harapan dan kebergantu­ngan kita adalah terhadap manusia semata-mata. Kebanyakan orang hanya melihat pada apa yang terlihat pada zahirnya.

Kita sebenarnya terlupa rezeki yang dinikmati sejak azali lagi itu ditentukan Allah.

Minta kepada Allah untuk dimurahkan dan dibuka pintu rezeki dan mohon kepada-Nya supaya diberi petunjuk dan jalan keluar daripada masalah yang dihadapi.

Akal fikiran kita sebagai manusia biasa mempunyai hadnya tetapi Allah Yang Maha Mengetahui, tahu apa yang hamba-Nya tidak tahu.

Di samping itu, luahkan beban emosi kepada orang atau pihak lain. Bagi yang mengalami masalah kewangan, kunjungi Agensi Kaunseling dan Pengurusan Kredit (AKPK) yang berpengala­man dalam bidang itu.

Dengan cara berkongsi masalah dihadapi itu akan dapat mencari jalan penyelesai­an. Yakin kita tidak berseorang­an dalam menghadapi situasi sukar itu.

Ramai lagi berada dalam situasi yang sama atau lebih sukar dan Allah sentiasa merindui rintihan kita.

Oleh itu, mengadulah kepadaNya. Firman Allah yang bermaksud, “Allah tidak membebani seseorang melainkan sesuai dengan kesanggupa­nnya. Dia mendapat pahala (daripada kebajikan) yang diusahakan­nya dan dia mendapat balasan (daripada kejahatan) yang dikerjakan­nya.” (Surah Al Baqarah, ayat 286).

Penulis ialah Perunding Psikologi Bahasa dan penulis buku Marah Tapi Sayang boleh dihubungi melalui Facebook Hilmi Isa (Psikologi Bahasa)

 ??  ??
 ??  ??

Newspapers in Malay

Newspapers from Malaysia