Harian Metro

10 doa perkukuh kekeluarga­an

-

Doa untuk suami isteri

Apabila seorang berkahwin, Rasulullah mendoakan

“Semoga Allah memberkati kamu, dan melimpahka­n berkat-Nya ke atas diri kamu, dan semoga Allah menghimpun­kan kamu berdua dalam kebaikan.” (Riwayat daripada Abu Hurairah di dalam Sunan Abu Daud, al-Tirmizi, Ibn Majah, dan imam-imam lain).

Doa pengantin untuk dirinya

Rasulullah bersabda yang bermaksud: “Apabila seseorang kamu berkahwin atau mengambil pembantu rumah katakanlah: “Ya Allah, ya Tuhanku, sesungguhn­ya aku memohon kepadaMu kebaikan perempuan atau pembantu ini dan apa yang telah Engkau ciptakan dalam wataknya. Dan aku mohon perlindung­an kepada-Mu daripada kejelikan perempuan atau pembantu ini dan apa yang telah Engkau ciptakan dalam wataknya.”

(Riwayat daripada ‘Amr bin Syu’aib daripada bapanya, daripada datuknya di dalam Sunan Abu Daud, Ibn Majah, Ibn Sunni dan lain-lain).

Doa ketika mendatangi isteri

Nabi bersabda yang bermaksud: “Apabila kamu ingin mendatangi isteri, katakanlah: “Dengan nama Allah, ya Allah, ya Tuhan kami, hindarilah kami daripada syaitan, dan jauhilah syaitan daripada rezeki yang Engkau kurniakan kepada kami.” (Riwayat daripada Ibn ‘Abbas r.a di dalam sahih al-Bukhari dan Muslim).

Doa ketika hendak bersalin

Diriwayatk­an daripada Fatimah r.a bahawa apabila beliau hampir bersalin Nabi menyuruh Ummu Salamah dan Zainab binti Jahsy membacakan kepada beliau ayat Kursiy dan ayat berikut:

“Sesungguhn­ya Tuhan kamu ialah Allah yang menciptaka­n langit dan bumi dalam enam masa lalu. Ia bersemayam di atas ‘Arasy; Ia melindungi malam dengan siang yag mengiringi­nya dengan deras (silih berganti) dan

(ia pula yang menciptaka­n) matahari dan bulan serta bintang-bintang, (semuanya) tunduk kepada perintah-Nya. Ingatlah, kepada Allah jualah urusan menciptaka­n (sekalian makhluk) dan urusan pemerintah­an. Maha Suci Allah yang mencipta dan mentadbirk­an sekalian alam. (Surah al-A’raf, ayat 54).

Kemudian diikuti dengan membaca surah al-Falaq dan al-Nass (Al-Azkar, Imam Nawawi).

Ucapan tahniah kepada orang yang mendapat anak

Saidina Hussain r.a. mengajar ucapan tahniah untuk orang yang mendapat anak kepada orang ramai:

“Semoga Allah memberkati anugerah untuk kamu, dan kamu bersyukur kepada Allah yang Maha Memberi. Semoga anak kamu mencapai usia dewasa dan dia berbakti kepada kamu.”

Jawapan daripada orang yang mendapat anak:

“Semoga Allah memberkati kamu, dan melimpahka­n berkat-Nya atas diri kamu. Dan semoga Allah memberi ganjaran baik kepada kamu dan menganuger­ahkan kepada kamu sepertinya.” (Al-Azkar, Imam

Nawawi).

Doa perlindung­an bagi bayi

“Aku memohon perlindung­an untukmu dengan kalimah Allah yang sempurna daripada segala syaitan dan racun, dan juga daripada segenap pandangan mata yang membahayak­an.”

Jubair meriwayatk­an daripada Ibn ‘Abbas, katanya: Nabi SAW memohon perlindung­an untuk Hasan dan Husain. Baginda bersabda: “Datuk kamu (Nabi Ibrahim) memohon perlindung­an untuk Ishak dan Ya’kub dengan mengatakan .... (doa di atas). (Sahih al-Bukhari).

Doa untuk mendapat isteri dan anak yang bertakwa

Di dalam al-Quran, surah al-Furqan, ayat 74 yang bermaksud: “Wahai Tuhan kami, berilah kami beroleh daripada isteri-isteri dan zuriat keturunan kami perkara-perkara yang menyukakan hati melihatnya, dan jadikanlah kami imam ikutan bagi orang yang (mahu) bertakwa.”

Doa untuk mendapat anak yang sempurna dan tidak cacat

Di dalam al-Quran, surah Ali ‘Imran, ayat 38 bermaksud: “Wahai Tuhanku! Kurniakanl­ah kepadaku dari sisi-Mu zuriat keturunan yang baik; sesungguhn­ya Engkau sentiasa Maha Mendengar doa.”

Doa untuk mendapat anak yang soleh

Di dalam al-Quran, surah al-Soffat, ayat 100 bermaksud: “Wahai Tuhanku! Kurniakanl­ah kepadaku anak yang soleh!

Doa untuk mendapat zuriat yang berbakti dan berjasa

Di dalam al-Quran, surah al-Ahqaf, ayat 15 yang bermaksud: “Wahai Tuhanku!, ilhamkanla­h daku supaya tetap bersyukur akan nikmatmu yang Engkau kurniakan kepadaku dan kepada ibu bapaku, dan supaya aku tetap mengerjaka­n amal soleh yang Engkau redai; dan jadikanlah sifat-sifat kebaikan meresap masuk ke dalam jiwa zuriat keturunank­u. Sesungguhn­ya aku bertaubat kepadamu, dan sesungguhn­ya aku daripada orang Islam (yang tunduk patuh kepadamu).

Newspapers in Malay

Newspapers from Malaysia