Harian Metro

Ramadan bulan tarbiah Muslim abdi diri pada Yang Esa

- Khuzama Ab Rahaman dan Farah Adibah Mohd Apandi

Setiap Muslim yang beriman pasti sedar kedatangan Ramadan adalah rahmat kurniaan Allah kepada hamba-Nya. Nabi Muhammad berpesan supaya umat Islam berlumba-lumba mengambil peluang menambah baik amalan dan ibadat pada bulan mulia ini.

Kita digalak menggandak­an ibadat selama 30 hari supaya amalan dan kebaikan dilakukan pada bulan ini menjadi kelaziman buat hari seterusnya.

Sebagaiman­a firman

Allah di dalam surah al-Baqarah ayat 183 yang bermaksud: “Wahai orang-orang yang beriman! Diwajibkan kamu berpuasa sebagaiman­a diwajibkan ke atas orang-orang yang terdahulu daripada kamu, supaya kamu bertaqwa.”

Ramadan bukan saja dianggap bulan ibadat, malah ia bulan tarbiah iaitu bulan yang mendidik setiap individu Muslim kembali mengabdika­n diri kepada Allah dengan penuh rasa taat.

Puasa bukan sekadar menahan diri daripada lapar dan dahaga, bahkan berperanan sebagai ‘perisai’ bagi membenteng diri daripada melakukan perbuatan dosa serta maksiat.

Bagaimana kita mampu mendidik mata daripada melihat perkara yang diharamkan seperti menahan telinga daripada mendengar umpatan, menyekat lidah daripada menuturkan fitnah, berbohong dan cacian?

Ternyata Ramadan mendidik hati dan jiwa kerana pada bulan ini semua pihak menjaga ‘tahap puasa’ masing-masing. Setiap Muslim di seluruh dunia berusaha untuk sabar, bersederha­na dan menolak perkara sia-sia serta melalaikan.

Ini platform bagi mendidik diri menjadi lebih bertakwa dan beramal soleh, sekaligus memberikan peluang kepada setiap individu menghapusk­an dosa dengan bertauba,t selain menggandak­an amalan sunat.

Rasa takwa letaknya pada hati dan hati adalah sarang bagi segala penyakit. Ramadan hadir sebagai platform permulaan tarbiah diri.

Puasa membentuk jati diri supaya mencapai tahap takwa yang sebenar kerana tiada siapa tahu kita berpuasa melainkan diri sendiri.

Semoga Ramadan ini menjadi permulaan untuk melakukan perubahan mendisipli­nkan diri dalam melakukan apa jua perkara dengan penuh rasa takwa.

Ibu bapa juga disaran memberi semangat dan galakan kepada anak-anak untuk belajar berpuasa. Masyarakat pula memberi semangat kepada ahli masyarakat untuk solat berjemaah di surau atau masjid.

Ramadan juga menjadi pencetus semangat untuk bertadarus, berkelakua­n baik, menjaga hubungan silaturahi­m dan melakukan perkara positif lain.

Jika sebelum ini sering tertinggal solat, ambil kesempatan pada Ramadan ini untuk mencukupka­n ibadat solat lima waktu yang wajib dilaksanak­an.

Selain itu, jika sebelum ini tidak biasa menutup aurat, anggap ini peluang membiasaka­n diri berhijab dan berpakaian sopan.

Begitu juga, jika sebelum ini pernah berlaku khianat, menipu dan mengambil hak orang tanpa izin, maka rebut peluang menahan diri daripada melakukan perbuatan mungkar.

Baca al-Quran kerana pada setiap huruf yang disebut dan dihayati itu terkandung seribu satu kebaikan yang akan mengalir terus dalam jiwa.

Kembali kepada fitrah manusia yang sebenar iaitu sentiasa inginkan kebaikan dan rasai ketenangan beribadat yang jarang dapat dilakukan pada bulan lain.

Sangat beruntung umat Islam kerana pada Ramadan ini mereka bebas daripada bisikan syaitan kerana dikatakan segala perbuatan pada Ramadan adalah terpimpin daripada hati.

Penulis daripada Jabatan Pematuhan Syariah, Takaful Ikhlas Berhad

 ??  ??

Newspapers in Malay

Newspapers from Malaysia