Harian Metro

95% kes tertunggak beres

- Muhaamad Hafis Nawawi mhafis@hmetro.com.my

 Badan Kehakiman Negara tekad selesaikan baki lima peratus ikut jangka masa ditetapkan

Badan Kehakiman Negara menyelesai­kan 95 peratus kes tertunggak membabitka­n kes sivil dan jenayah dalam tempoh ditetapkan di semua mahkamah di seluruh negara.

Ketua Hakim Negara, Tan Sri Md Raus Sharif berkata, secara spesifik, beliau tidak dapat menyatakan jumlah kes tertunggak, namun 95 peratus kes lama berjaya diselesaik­an mengikut tempoh ditetapkan.

Menurutnya, ketika mengambil alih jawatan Presiden Mahkamah Rayuan dulu, kes tertunggak melebihi 10,700, namun ketika meninggalk­an Mahkamah Rayuan dua bulan lalu ia berjaya dikurangka­n kepada 3,000 kes.

“Jadi dari segi mengurangk­an kes tertunggak itu, saya kira kita berjaya menyelesai­kannya, namun masalahnya sekarang ingin menyelesai­kan baki lima peratus yang melebihi jangka masa ditetapkan, namun dalam hal ini kita sedang berusaha untuk menyelesai­kan kes ini.

“Bagaimanap­un, saya sudah memberi arahan ia mesti tidak melebihi setahun atau 15 bulan bagi menyelesai­kan kes lama itu,” katanya pada sidang media selepas Majlis Menandatan­gani Memorandum Persefaham­an Antara Pejabat Ketua Pendaftar Mahkamah Persekutua­n Malaysia (PKPMP) dan Universiti Utara Malaysia (UUM), di sini, semalam.

Turut hadir Naib Canselor Universiti Utara Malaysia (UUM), Prof Datuk Seri Dr Mohamed Mustafa Ishak dan Ketua Pendaftar Mahkamah Persekutua­n, Datuk Seri Latifah Mohd Tahar.

Md Raus berkata, bagi kes jenayah membabitka­n hukuman mati pihaknya menetapkan kes dapat dijalankan di Mahkamah Tinggi dalam masa setahun dan masing-masing di Mahkamah Rayuan dan Mahkamah Persekutua­n selama sembilan bulan.

“Sebelum kita membuat perubahan ini, bagi kes hukuman mati untuk sampai ke Mahkamah Persekutua­n mengambil masa 10 ke 15 tahun.

“Jika orang itu dihukum di Mahkamah Tinggi dan disahkan di Mahkamah Rayuan tetapi dilepaskan Mahkamah Persekutua­n, orang tidak bersalah ini tinggal lama di dalam penjara. Alhamdulil­lah sekarang ini masa menunggu sudah dapat dikurangka­n iaitu purata empat tahun saja untuk melalui proses di mahkamah,” katanya.

Katanya, pihaknya ingin mengurangk­an lagi proses perjalanan kes di mahkamah iaitu enam bulan hingga sembilan bulan supaya dapat mengurangk­an kes tertunggak dan jika berjaya mencapainy­a ia boleh dibanggaka­n.

Mengulas MoU itu, Mohamed berkata, ia bertujuan supaya PKPMP dan UUM dapat menjalinka­n kerjasama dalam bidang pendidikan yang membabitka­n khidmat kehakiman dan perundanga­n.

Katanya, selain itu, ia juga membolehka­n latihan berterusan dan pembelajar­an dalam meningkatk­an profesiona­lisme serta kolaborasi dalam penyelidik­an.

“MoU yang ditandatan­gani ini dapat mengukuhka­n satu ikatan akademik dan kehakiman yang membabitka­n warga institusi kehakiman dan UUM.

“Kelebihan dan faedah yang boleh dinikmati warga kehakiman melalui MoU ini adalah pembelajar­an sepanjang hayat (PSH) yang dapat dilihat menerusi Pelan Pembanguna­n Pendidikan Malaysia (Pendidikan Tinggi) 2015-2025,” katanya.

 ??  ?? MD Raus
MD Raus

Newspapers in Malay

Newspapers from Malaysia